Berita Harian

Alonso cabar kepintaran lumba Indy 500

-

Chicago: Fernando Alonso mengetepik­an kesukaran beraksi di bawah suhu yang panas untuk merakam catatan terpantas pendatang baru pada sesi latihan bebas Indy 500 di Indianapol­is Motor Speedway, semalam.

Pelumba Sepanyol itu, yang tiba ke Amerika Syarikat kurang 24 jam selepas menamatkan saingan di kedudukan ke-12 Grand Prix (GP) Sepanyol, melengkapk­an 36 pusingan dengan kelajuan purata 356.68 kilometer sejam.

Bekas juara dunia Formula Satu (F1) itu sebelum ini mengakui dia bimbang bahang panas dan suhu sekitar 32 darjah Celsius mungkin akan menjadi masalah buatnya sebelum memandu jentera Mclaren-honda-andretti.

“Saya sedikit risau dengan suhu, kerana ia lebih panas hari ini berbanding ketika ujian yang kami lakukan di sini pada 3 Mei,” kata Alonso.

“Tetapi kereta cukup baik ketika ujian, dan saya rasa mampu mela- kukan sedikit perubahan dalam penalaan pada tahap keyakinan yang sama pada kereta.”

Di bawah peraturan Indy 500, sesi latihan dan kelayakan ditentukan oleh kelajuan purata tertinggi. Sesi pembukaan adalah untuk pendatang baharu dan pemandu yang kembali berlumba selepas tidak menyertai perlumbaan untuk tempoh tertentu.

Masalah enjin

Kelajuan purata terpantas Alonso mengatasi rakan senegarany­a Oriol Servia yang mencatat purata 355.26 km sejam dan Ed Jones pada catatan 338.43km sejam.

Sesi Alonso bagaimanap­un dicemari oleh kerosakan penyerap hentak yang menafikan peluang buatnya untuk sesi latihan bersama kereta lain.

“Semuanya berjalan lancar. Dalam setengah jam terakhir mungkin kami ada masalah dengan penyerap hentak belakang, dan tidak dapat melengkapk­an program di mana kami merangka untuk berlatih dalam trafik. Jadi kami terlepas sesi itu.

“Tetapi secara keseluruha­n ia hari yang menakjubka­n. Saya lebih gembira berbanding hari pertama kerana perubahan yang dilakukan pada sebelah pagi membuahkan hasil,” katanya.

Alonso yang tidak menyertai GP Monaco untuk berlumba dalam Indy 500, dijangka akan berlatih sepanjang minggu sebelum menyertai pusingan kelayakan pada hujung minggu.

 ??  ?? Alonso (kiri) ketika melakukan ujian jentera di Indianapol­is.
Alonso (kiri) ketika melakukan ujian jentera di Indianapol­is.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia