Berita Harian

TENTERA IRAQ

Kuasai 90 peratus barat Mosul

-

Pasukan keselamata­n Iraq berjaya menguasai hampir 90 peratus kawasan barat Mosul daripada cengkaman militan Daesh selepas berjaya menawan semula bahagian timur bandar itu, awal tahun ini.

Jurucakap tentera, Brigadier Jeneral Yahya Rasool berkata, militan itu bagaimanap­un masih menguasai 10.6 peratus kawasan di bahagian barat, khususnya di tebing kanan.

Pasukan keselamata­n Iraq melancarka­n operasi besar-besaran bagi mengambil alih semula Mosul dari penguasaan Daesh sejak tujuh bulan lalu dan berjaya menawan semula timur Mosul.

Selepas terbabit dalam banyak pertempura­n, kumpulan militan berkenaan kini hanya mampu menguasai kawasan kejiranan di Bandar Lama iaitu salah satu warisan paling berharga Iraq.

Pertempura­n atas darat

Kawasan kejiranan itu dipenuhi laluan sempit dan bangunan yang dibina dengan rapat, sekali gus menyukarka­n pergerakan anggota pasukan keselamata­n memerangi kumpulan militan berkenaan.

Ia memaksa pertempura­n dilakukan di atas darat berbanding dari dalam kenderaan tentera seperti yang dilakukan sebelum ini.

Hampir 250,000 orang awam dilaporkan masih terperangk­ap di barat Mosul dan ia menyukarka­n fasa akhir serangan dilancarka­n oleh pasukan keselamata­n.

Beberapa maklumat diterima menyatakan ada di kalangan orang awam itu dihalang daripada meninggalk­an kawasan terbabit manakala sebahagian lagi memilih untuk terus menetap di sana.

Daesh berjaya menguasai sebahagian besar Iraq khususnya di bahagian Utara dan Barat sejak tahun 2014 tetapi serangan udara yang dilancarka­n pasukan keselamata­n dengan bantuan Amerika Syarikat (AS) berjaya merampas sebahagian besar kawasan terbabit.

 ??  ??
 ?? [ FOTO AFP ] ?? Pelarian Iraq dari bahagian barat Mosul di kejiranan Rifai meninggalk­an tempat tinggal mereka ketika kemaraan tentera kerajaan ke kawasan pertempura­n dengan Daesh, kelmarin.
[ FOTO AFP ] Pelarian Iraq dari bahagian barat Mosul di kejiranan Rifai meninggalk­an tempat tinggal mereka ketika kemaraan tentera kerajaan ke kawasan pertempura­n dengan Daesh, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia