Berita Harian

Juruteknik sokong kegiatan Daesh dipenjara tujuh tahun

-

Kuala Lumpur: Seorang juruteknik kilang besi dihukum penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan memberi sokongan kepada kegiatan kumpulan pengganas Daesh, tahun lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhka­n hukuman itu selepas tertuduh, Bukhori Che Noor, 35, mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapny­a oleh jurubahasa mahkamah.

Terdahulu Azman memerintah­kah tertuduh dipenjara tujuh tahun bagi setiap pertuduhan dan mengarahka­n semua hukuman penjara berjalan serentak berkuat kuasa dari tarikh ditangkap pada 30 Jun 2016.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa memberi sokongan kepada berlakunya perbuatan pengganas membabitka­n penggunaan bahan letupan yang dilakukan dengan niat melanjutka­n perjuangan ideologi untuk mengugut orang awam di Malaysia.

Boleh dipenjara seumur hidup

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di alamat 1-3-24 Desa Persiaran Bayan Indah 3, Bayan Lepas, Pulau Pinang antara 20 Mac hingga 30 Jun 2016.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(b) Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara seumur hidup atau tidak lebih 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang digunakan atau diniatkan untuk melakukan kesalahan itu.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Daesh dengan melafazkan sumpah taat setia melalui aplikasi Telegram kumpulan ‘Gagak Hitam’ di tempat sama pada jam 12.44 pagi, 30 Mac 2016.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 130(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman sama.

Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ezhanudin Alias.

Pada 10 April lalu, tertuduh dihukum penjara tujuh tahun di mahkamah sama selepas mengaku salah atas tuduhan secara langsung memberi perkhidmat­an kewangan iaitu membenarka­n pemindahan wang daripada akaun Maybank miliknya bagi manfaat pengganas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia