Berita Harian

Syor LHDN beri kelonggara­n artis bayar cukai tertunggak

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (KKMM) meminta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memberi kelonggara­n kepada penggiat seni menjelaska­n cukai pendapatan tertunggak.

Menterinya, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, berkata agensi berkenaan perlu memberi fokus terhadap pembayaran cukai pendapatan penggiat seni yang dilakukan sekarang dan masa depan supaya lebih ramai tampil melunaskan tanggungja­wab itu.

“Saya yakin kebanyakan penggiat seni bukan culas membayar cukai, tetapi tidak tahu alternatif lain dan bimbang jika dikenakan tindakan hingga berlarutan menjadi isu tunggakan.

“Saya harap LHDN dapat mempertimb­angkan kaedah pembayaran cukai untuk tahun terdahulu dan lebih penting memberi fokus kepada pembayaran semasa dan masa depan,” katanya pada Majlis Sepetang Mesra Bersama Penggiat Seni, di sini, semalam.

Dekati penggiat seni

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Sabin Samitah, berkata program mendekati penggiat hiburan dilakukan bagi memudahkan golongan sasaran merungkai permasalah­an berkaitan cukai.

“Menerusi program julung kali diadakan antara karyawan dan LHDN, penggiat seni boleh mengetahui lebih mendalam membabitka­n percukaian individu atau persatuan.

“Sebenarnya, kesedaran membuka fail percukaian dalam kalangan selebriti agak tinggi, terutama sejak jawatankua­sa khas ditubuhkan setahun lalu bagi memudahkan artis memperinci­kan butiran pendapatan dan perbelanja­an mereka.

“Antara artis muda yang menjalanka­n tanggungja­wab membayar cukai ialah Aiman Tino dan Khai Bahar sekali gus boleh dijadikan contoh kepada selebriti lain,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia