Berita Harian

UNICEF iktiraf usaha wujud akta kesalahan seksual

Langkah positif lindungi kanak-kanak secara menyeluruh

- Oleh Mohd Anwar Patho Rohman wananwar@bh.com.my

Usaha Malaysia membela dan melindungi kanak-kanak daripada gangguan seksual menerusi Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 mendapat pengiktira­fan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF).

Pengiktira­fan itu dizahirkan wakil UNICEF di Malaysia, Marianne Clarkhatti­ngh yang menyifatka­n akta diluluskan Parlimen Malaysia pada bulan lalu itu sebagai langkah positif melindungi kanak-kanak daripada jenayah seksual secara menyeluruh.

Malah, katanya, ia juga membawa Malaysia lebih dekat kepada gabungan dengan rangka kerja perundanga­n antarabang­sa seperti Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak dan Protokol Pilihan.

“Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang diluluskan itu menjadi mercu tanda penting dalam usaha melindungi kanak-kanak daripada ‘pemangsa seksual’,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Pada 26 April lalu, Rang Undang-undang Kesalahank­esalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang dibentangk­an Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said diluluskan Dewan Negara, sekali gus diangkat menjadi sebahagian daripada undang-undang negara.

Akta itu bagi melindungi kanak-kanak daripada jenayah seksual dan terpakai kepada kanak-kanak bawah umur 18 tahun, selaras dengan Akta Kanak-kanak 2001.

Internet ancaman utama Clark-hattingh berkata, akta berkenaan amat penting kerana ia melindungi kanakkanak di Malaysia daripada jenayah seksual memandangk­an ancaman utama kini datangnya daripada internet.

“UNICEF turut menyokong cadangan Azalina membawa perubahan dalam amalan guaman dan syor bertindak kepada kehakiman, Jabatan Peguam Negara dan Majlis Peguam Malaysia menerusi kewujudan akta itu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia