Berita Harian

2,664 pelajar UM, UNIKL sertai program U2desa

-

Kuala Lumpur: Seramai 2,664 pelajar Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) akan menyertai program Usahawan Belia Pengajian Tinggi Balik Kampung (U2desa) anjuran Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata program julung kali dianjurkan itu bertujuan membangun ekonomi luar bandar dan mewujudkan peluang pekerjaan di kawasan berkenaan.

Menerusi program itu katanya, diharap ia akan dapat mengatasi masalah penghijrah­an belia luar bandar ke bandar.

“Ketika ini, kawasan luar bandar mewakili 75 peratus keluasan negara, tetapi jumlah penduduk di kawasan berkenaan hanyalah 25 peratus.

“Jika trend ini berterusan, mungkin ia akan berkuranga­n sehingga 20 peratus menjelang 2020. Kerana itu, kita di KKLW cuba mengatasi masalah ini dan salah satu caranya ialah dengan penganjura­n program U2desa selain sudah melaksanak­an program Lestari Desa dan Cabaran Keusahawan­an Luar Bandar (RBC),” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran program U2desa di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Malaya, di sini semalam.

Yang turut hadir, timbalanny­a, Datuk Alexander Nanta Linggi dan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Laksana kajian pemprofila­n

Ismail Sabri berkata, semua peserta program U2desa akan dibahagika­n kepada 400 kumpulan dan perlu menjalanka­n kajian pemprofila­n di 400 kampung sebelum menghasilk­an rancangan perniagaan masing-masing.

“Kumpulan pelajar dengan rancangan perniagaan yang terpilih akan melaksanak­an projek ekonomi bersama-sama koperasi kampung dan diberi modal permulaan sebanyak RM10,000.

Perlu capai KPI

“Pelajar juga perlu mencapai dua petunjuk prestasi utama (KPI) iaitu mewujudkan dua peluang pekerjaan baharu di setiap kampung serta meningkatk­an pendapatan koperasi kampung sebanyak lima peratus selepas setahun menjalanka­n aktiviti perniagaan,” katanya.

Beliau menjelaska­n, kementeria­n juga akan meluaskan lagi program itu ke universiti lain pada tahun depan.

“UM dan UNIKL dipilih sebagai perintis program ini kerana keduaduany­a sudah mempunyai program keusahawan­an untuk pelajar di universiti masing-masing,” katanya.

Program julung kali dianjurkan itu bertujuan membangun ekonomi luar bandar dan mewujudkan peluang pekerjaan”

Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia