Berita Harian

PBT perlu pandang serius aduan rakyat

Cari jalan selesaikan segera masalah penduduk: Noh

- Oleh Zanariah Abd Mutalib

Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar, mengingatk­an pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara supaya tidak mengambil mudah aduan penduduk berhubung masalah di kawasan mereka.

Katanya, semua aduan penduduk mesti dipandang serius, seterusnya mencari jalan untuk menyelesai­kan masalah itu.

“Saya harap segala aduan daripada rakyat dalam semua aspek seperti masalah sampah dan lalu lintas perlu diambil perhatian oleh PBT.

“Kita kena ambil tindakan untuk mengatasi masalah rakyat,” katanya ketika ditemui pada sidang media selepas majlis perhimpuna­n bulanan kementeria­n itu di sini, semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Pencegahan) Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil dan Ketua Setiausaha kementeria­n, Datuk Mohammad Mentek.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Halaman Kota semalam, berhubung kekecewaan penduduk Taman Melawati, Hulu Klang, Selangor yang mendakwa aduan mereka mengenai masalah kesesakan lalu lintas di kawasan perumahan itu yang berlarutan sejak setahun lalu seolah tidak diendahkan Majlis Perbandara­n Ampang Jaya (MPAJ).

Ia kerana, wakil PBT itu dikatakan gagal untuk hadir pada sesi dialog bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang diadakan di pejabat JKR Gombak, Selayang, bagi menyelesai­kan beberapa masalah penduduk di kawasan perumahan itu.

Amat dikesali

Pengerusi Persatuan Penduduk Jalan A, B dan C Taman Melawati, Razman Hakim Abdullah, berkata kegagalan MPAJ untuk hadir pada perjumpaan itu amat dikesali kerana melalui dialog itu diharap akan ada penyelesai­an terhadap masalah dihadapi penduduk.

“Aduan sudah berkali-kali dihantar kepada MPAJ untuk tindakan susulan namun sehingga kini, mereka tidak memberi sebarang maklum balas.

“Apabila ada usaha daripada penduduk untuk mengadakan sesi dialog, masih juga tidak mahu turun padang dan berbincang,” katanya.

Halaman Kota baru-baru ini menyiarkan rungutan penduduk berhubung masalah kesesakan lalu lintas di kawasan perumahan berkenaan berikutan pembanguna­n di sekitarnya yang turut menyebabka­n berlaku perubahan pada aliran trafik.

 ?? [FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] ?? Noh menyaksika­n pertukaran perjanjian persefaham­an Shamsun Baharin di Putrajaya, semalam. di antara Mohammad (dua dari kanan) dan
[FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] Noh menyaksika­n pertukaran perjanjian persefaham­an Shamsun Baharin di Putrajaya, semalam. di antara Mohammad (dua dari kanan) dan
 ??  ?? Keratan akhbar BH keluaran 16 Mei lalu.
Keratan akhbar BH keluaran 16 Mei lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia