Biar jadi tanda tanya
Harry Styles bawa peminat dekati sisi sebenar diri menerusi lagu
Meskipun ada yang mengandaikan, album itu berlegar mengenai hubungannya dengan Kendall Jenner yang didekatinya sepanjang tahun 2014, Styles membiarkan persoalan itu menjadi tanda tanya. Styles bagaimanapun, tidak berselindung apabila diajak berbicara mengenai kepahitan perpisahan dengan Swift.
“Tidak kira apa juga usia, menjalin hubungan bukan perkara yang mudah. Tambahan pula, ketika itu, saya baru berusia 18 tahun dan masih belum memahami erti cinta yang sebenar. Pencarian itu menemukan saya dengan sesuatu yang sukar.
“Apa yang saya maksudkan, ia agak janggal untuk dimulakan. Memang kamu keluar dengan seseorang yang disukai dan ia kedengaran begitu mudah. Tetapi semua itu menjadi proses pembelajaran buat diri.
“Jauh di sudut hati, saya cuma mahukan sebuah percintaan yang normal,” katanya mengenai hubungan yang memberi inspirasi kepada Swift untuk menghasilkan dua lagu iaitu Out Of The Woods dan Style yang dimuatkan dalam albumnya yang mencecah jualan multiplatinum, 1989.
Cerita diri
Memperuntukkan selama dua bulan sepanjang musim luruh lalu bersama produser, Jeff Bhasker di sebuah studio di pedalaman
Port Anonio, Jamaica untuk kerja rakaman, lokasi yang sama juga menjadi pilihan Rihanna dan Drake untuk merakamkan album mereka.
Mencipta identiti tersendiri ketika bersama One Direction, Styles bagaimanapun memberi jaminan kepada peminat album itu membawa sesuatu yang segar dan berkemungkinan tidak pernah dijangka.
“Ia berbeza daripada jangkaan ramai. Ia membuatkan saya sedar, ketika bersama One Direction dulu, karakter saya sudah dibentuk. Rasanya tidak ramai yang tahu sisi sebenar yang saya cuba tampilkan dalam album ini.
“Semua itu saya luahkan dalam produksi ini dan mungkin orang akan berkata, apakah ini Harry Styles?,” katanya.
Styles berkata, kejujuran menjadi kunci utama dalam menggerakkan keseluruhan pengisian album solonya itu.
“Saya tidak mahu sekadar menulis cerita, sebaliknya saya menulis mengenai diri dan apa yang berlaku dalam kehidupan sendiri. Perkara pertama yang saya tekankan ialah kejujuran dan ia tidak pernah saya lakukan sebelum ini,” katanya.
Pertahan peminat muda
Produksi itu juga menyaksikan Styles menuju haluan baharu dengan pengaruh muzik yang lebih dewasa.
Peralihan itu mencetuskan tanda tanya mengenai tekanan yang terpaksa dilaluinya untuk membolosi demografik lebih matang.
Mempertahankan peminat muda,
Styles begitu ghairah memberikan pandangannya apabila subjek itu disentuh.
“Siapa bilang peminat muda yang meminati pop mempunyai selera muzik yang teruk berbanding lelaki berusia 30 tahun? Bukan hak kita untuk menentukannya kerana muzik sentiasa berubah. Ada juga gadis muda yang meminati
Beatles.
Tidak kira apa juga usia, menjalin hubungan bukan perkara yang mudah. Tambahan pula, ketika itu, saya baru berusia 18 tahun dan masih belum memahami erti cinta yang sebenar Harry Styles
“Apakah itu bermakna mereka tidak serius? Mereka adalah masa depan negara yang akan memastikan dunia terus membangun,” katanya.
Bagi Styles, kredibilitinya akan terus diperhatikan peminat yang mengaguminya ketika memulakan perjalanannya bersama One Direction dan perkara itu tidak pernah memberinya masalah.
“Peminat terutama remaja belasan tahun tidak pandai menipu. Sekiranya menyukai kamu, mereka akan berada di situ. Mereka tidak pandai berpura-pura. Sekiranya mereka meminati kamu, mereka akan memberitahunya,” katanya.
One Direction kembali bersatu?
Pada akhir tahun 2014, ketika berada di sebuah studio di London, Styles mencadangkan kepada ahli kumpulannya supaya mereka berehat seketika.
“Saya tidak mahu peminat kami penat. Sekiranya gelap mata, boleh saja kami meneruskan siri jelajah tetapi ia hanya membebankan. Kami sudah kepenatan dan tidak mahu mengheret sama kepercayaan peminat terhadap One Direction,” katanya.
Selepas beberapa siri perbincangan, One Direction akhirnya bersepakat untuk berehat seketika. Pengumuman itu dibuat pada Ogos 2015 dan ia mencetuskan trauma kepada peminat, terutama apabila Zayn Malik terlebih dulu meninggalkan One Direction.
Mereka bagaimanapun, masih meneruskan beberapa siri persembahan sehingga Oktober. Bagi Styles, memori bersama
One Direction tidak pernah terhakis malah tidak menolak kemungkinan untuk kembali bersatu pada masa akan datang.
“Saya sayangkan One Direction dan tidak pernah menolak kemungkinan bergabung pada masa akan datang. Kumpulan itu banyak mengubah kehidupan saya, malah memberikan saya segala-galanya,” katanya.