Separuh gila wanita dicintai isteri orang
Ketika duduk bersembang bersama seorang penyanyi, baru-baru ini, terbuka cerita mengenai k i sa h p er c i ntaannya. Ada sebab mengapa penyanyi ini masih solo. Ruparupanya dia masih trauma kerana pernah ditipu oleh bekas kekasihnya yang berstatus isteri orang.
Punyalah tangkap cintan, berbulan-bulan bermadu kasih, malah sanggup berulang-alik hingga ke utara negara semata-mata untuk bertemu kekasih hati. Akhirnya semuanya terjawab apabila penyanyi ini bertandang ke rumah orang tua kekasihnya.
Niatnya mahu memanjangkan silaturahim, tetapi sebaliknya berlaku apabila dia dikejutkan dengan kenyataan yang cukup pedih. Rasanya seperti bermimpi, tetapi apa yang didengarnya hampir membuatnya separuh gila. kehidupannya. Kak Pora sendiri tidak sabar hendak mendengar nyanyian Que. Siapa tahu, entah-entah suaranya mampu menyaingi penyanyi sedia ada.
Silap hari bulan, Que boleh kalahkan anak didiknya ketika di AF dulu. Kak Pora percaya, Que tidak hadir kosong kerana mengenalinya, dia memang serius dalam setiap apa yang dilakukannya.
Jika menjadi kenyataan, Que kini sebaris dengan beberapa pelakon lelaki terkenal lain yang turut merakamkan lagu seperti Nazim Othman, Fattah Amin dan Arja Lee.
Hati luluh
Tidak sangka wanita yang selama ini mempunyai pekerti mulia, rupa-rupanya hanya berlakon baik hingga penyanyi itu langsung tidak dapat menghidunya. Selama berkenalan, wanita ini tidak pernah menunjukkan ciri-ciri mahu mengambil kesempatan.
Mana tidak hampir pitam apabila diberitahu, wanita yang dicintainya itu sebenarnya isteri orang. Hancur luluh hati penyanyi itu kerana tidak pernah menyangka dirinya akan terheret dalam kemelut yang tidak pernah diduganya.
Mujur juga segala kemungkaran wanita itu terbongkar awal. Jika tidak, tak tahu Kak Pora apa akan jadi... Sudahnya nanti penyanyi itu juga yang dipersalahkan. Disebabkan peristiwa pahit yang dilaluinya dulu, penyanyi itu serik mempercayai wanita lagi.
Siapa yang tidak serik kerana apabila sudah mencintai sepenuh hati, sudahnya kekecewaan yang diterima sebagai balasan. Mungkin kerana itu, penyanyi terbabit lebih banyak memberikan fokus kepada kerjaya seni dan tidak terlalu serius memikirkan perancangan peribadinya.