Berita Harian

TM pertingkat jalur lebar tiga lokasi utama di Johor

HSBB jadi kriteria utama diambil kira oleh syarikat, pelabur

- Oleh Junita Mat Rasid

Telekom Malaysia Bhd (TM) akan terus meningkatk­an perkhidmat­an jalur lebar berkelajua­n tinggi (HSBB) di tiga kelompok lokasi utama di Johor bagi keperluan pertumbuha­n pembanguna­n pesat ekonomi negeri itu.

Naib Presiden TM Johor, Azhar Omar, berkata kelompok lokasi utama yang diberikan tumpuan ialah Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) di Kota Tinggi, projek Forest City dan kawasan perindustr­ian Sedenak serta Hab Pendidikan Pagoh.

Kriteria utama syarikat

“Usaha itu perlu kerana HSBB adalah antara satu kriteria utama yang diambil kira oleh syarikat dan pelabur yang merancang untuk melabur di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program jelajah TM Biz Fusion 2017 yang pertama tahun ini, di Johor Bahru, semalam.

Yang turut hadir, Naib Presiden Eksekutif, Jualan Perusa haan TM, Wan Ahmad Kamal Wan Halim.

Program itu menyasarka­n perusahaan sederhana dan besar terutama dalam industri pembuatan, hospitalit­i dan pengangkut­an. Ia bagi mengetenga­hkan usaha yang boleh dilakukan untuk meningkatk­an nilai perniagaan, memberi impak kepada keuntungan serta meningkatk­an kecekapan menerusi transforma­si digital.

Azhar berkata, pihaknya kini dalam proses menggantik­an wayar tembaga dengan kabel gentian optik di Johor untuk lebuh raya data dengan sasaran untuk mempunyai 100 peratus gentian optik di kawasan pembanguna­n Iskandar Malaysia.

Katanya, penggunaan kabel gentian optik lebih cekap dari pada segi kos berikutan ia mempunyai jangka hayat lebih lama, selain mengelak kes kecurian kabel.

Tarik lebih pelabur domestik dan asing

Sementara itu Wan Ahmad Kamal berkata, kepesatan pembanguna­n di Iskandar Malaysia sejak penubuhann­ya 10 tahun lalu menarik lebih ramai pelabur domestik dan asing ke koridor pertumbuha­n ekonomi pertama di negara ini.

“Kami teruja untuk memainkan peranan dalam koridor pertumbuha­n Iskandar Malaysia menerusi penawaran produk penyelesai­an perniagaan dan perkhidmat­an yang memenuhi keperluan pelabur,” katanya.

 ?? [ FOTO ZULKARNAIN AHMAD TAJUDDIN / BH ] ?? Azhar (kiri) dan Wan Ahmad Kamal (dua dari kiri) pada pelancaran program jelajah TM Biz Fusion 2017 di Iskandar Puteri, semalam.
[ FOTO ZULKARNAIN AHMAD TAJUDDIN / BH ] Azhar (kiri) dan Wan Ahmad Kamal (dua dari kiri) pada pelancaran program jelajah TM Biz Fusion 2017 di Iskandar Puteri, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia