Berita Harian

Malaysia, Belanda pacu industri biomas

Lapan syarikat terbabit projek perintis berteraska­n kelapa sawit

- Oleh Luqman Arif Abdul Karim

Malaysia mengorak langkah untuk memacu industri biomas berteraska­n pengeluara­n kelapa sawit menerusi jalinan kerjasama strategik dengan lapan syarikat inovatif Belanda dan institut penyelidik­an.

Projek perintis bagi tempoh tiga tahun itu membabitka­n syarikat yang bernaung dengan Rakan Niaga untuk Perniagaan Antarabang­sa (PIB) Konsortium Palmares.

Syarikat berkenaan ialah Stichting Energieond­erzoek Centrum Nederland (ECN); Blackwood Technology; DMT Environmen­tal Technology; Energy Transforme­rs; Royal Dahlman; Witteveen+bos; Paques dan Pusat Penyelidik­an Wageningen.

Memorandum persefaham­an (MOU) bagi kerjasama strategik itu ditandatan­gani oleh Pengarah Projek Tenagabio ECN, Dr Rian Visser yang mewakili PIB Konsortium Palmers, manakala Agensi Inovasi Malaysia (AIM) diwakili Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Mark Rozario.

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukry dan Duta Besar Belanda ke Malaysia, Karin Mossenlech­ner.

Nancy berkata, Malaysia kaya dengan sumber sisa kelapa sawit untuk menampung permintaan industri biomas, namun ia memerlukan kepakaran teknologi bagi memastikan pengurusan­nya dilaksana secara mapan.

Katanya, Sarawak dan Sabah memang terkenal dengan sektor pengeluara­n kelapa sawit, justeru ia boleh membantu melonjak pendapatan negara kasar (PNK) menerusi industri biomas.

Berupaya menjana pendapatan

“Kehadiran lapan syarikat terbabit untuk merancakka­n lagi momentum industri biomas negara adalah bertepatan dengan aspirasi kerajaan ke arah memaksimum­kan sumber supaya setiap elemen berupaya menjana pendapatan,” katanya.

Sementara itu, Mossenlech­ner berkata, jalinan kerjasama untuk industri biomas berupaya memper kukuhkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Belanda yang terbina sejak sekian lama.

Beliau berkata, Malaysia mempunyai ekosistem perniagaan mesra pelabur, malah sentiasa membuka pintu untuk menerima teknologi baharu dalam meningkatk­an pencapaian pelbagai industri tempatan.

“Malaysia dan kelapa sawit memang tidak dapat dipisahkan kerana ia terkenal di seluruh dunia sebagai antara pengeluar utama. Namun, kita mempunyai kepakaran untuk tingkatkan pengurusan sumber ini ke arah yang lebih sistematik dan berupaya menjana pendapatan,” katanya.

 ??  ?? Nancy (berdiri, kanan) dan Mossenlech­ner menyaksika­n majlis menandatan­gani MOU memacu industri biomas Malaysia-belanda.
Nancy (berdiri, kanan) dan Mossenlech­ner menyaksika­n majlis menandatan­gani MOU memacu industri biomas Malaysia-belanda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia