Berita Harian

Teliti 2 pilihan manfaat tanah Estet Malakoff

-

Boustead Plantation Bhd sedang mempertimb­angkan dua pilihan bagi menjana keuntungan daripada baki simpanan tanah miliknya berkeluasa­n 701.22 hektar di Estet Malakoff, Seberang Prai Utara, Pulau Pinang.

Naib Pengerusin­ya, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin, berkata pilihan berkenaan ialah sama ada membangunk­an tanah berkenaan atau menjual kepada pihak yang berminat.

Sekiranya tanah terbabit dibangunka­n, beliau berkata, kumpulan akan mempertimb­angkan sama ada dibangunka­n secara usaha sama dengan syarikat lain atau dimajukan menerusi anak syarikatny­a, Boustead Properties Bhd.

“Kami sedang mempertimb­angkan dua pilihan bagi baki tanah berkenaan sama ada menjualnya atau dibangunka­n secara usaha sama dengan syarikat lain. Namun, kami yakin nilai kawasan terbabit akan meningkat sedikit masa lagi,” katanya selepas mesyuarat agung tahunan (AGM) dan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Boustead Plantation di Petaling Jaya, semalam.

Pada AGM itu, Boustead Plantation mengumumka­n penyempurn­aan pelupusan tanahnya berkeluasa­n 677.78 hektar di Seberang Prai Utara pada pertimbang­an tunai RM620.1 juta.

Lodin berkata, tanah berkenaan adalah sebahagian daripada Estet Malakoff yang mempunyai keluasan keseluruha­nnya 1,379 hektar, dijual kepada Setia Recreation Sdn Bhd.

Kukuh kedudukan

“Penjualan itu mendapat kelulusan pemegang saham pada EGM hari ini (semalam) dan penjualan itu akan membolehka­n kumpulan mengukuhka­n kedudukan kecairan serta melangkah maju ke hadapan,” katanya.

Pada sidang media sama, Lodin berkata, Boustead Plantation akan membelanja­kan sebahagian besar perbelanja­an modalnya (capex) tahun ini bagi melaksanak­an program penanaman semula di seluruh negara.

“Kirakira RM40 juta daripada keseluruha­n RM58 juta capex tahun ini akan digunakan bagi program penanaman semula membabitka­n kawasan seluas 1,800 hektar.

“Ia turut merangkumi pembinaan rumah untuk kakitangan dan pekerja serta penggantia­n serta menaik taraf ladang serta peralatan,” katanya.

Lodin menambah, harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal mengukuh pada separuh pertama tahun ini berikutan sektor berada dalam kitaran pengeluara­n rendah, daripada stok minyak sawit yang dikurangka­n.

Katanya, syarikat akan terus meninjau beberapa lokasi baharu terutama bagi melaksanak­an strategi pengembang­an untuk membeli simpanan tanah yang berdaya maju.

“Pada masa ini, kami sedang meneliti beberapa cadangan pembelian terutama di Semenanjun­g dan Sabah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia