Berita Harian

TMJ sudah pertimbang sebelum buat keputusan

Bekas Timbalan Presiden percaya ada perkara perlu diputus segera

- Oleh Syafiq Aznan

Tindakan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang membuat keputusan sendiri tanpa mendapat pandangan serta kelulusan Mesyuarat EXCO badan induk itu bukan bermakna beliau mengamalka­n pemerintah­an bercorak 'diktator'.

Sebaliknya, bekas Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Ridzuan Sheikh Ahmad percaya betapa Tunku Ismail sudah membuat pertimbang­an yang sewajarnya untuk mengambil setiap keputusan berkenaan dan melihat ia perlu disegeraka­n.

“Secara jujurnya, memang kelihatan kurang molek apabila keputusan dibuat tanpa dibincangk­an dalam Mesyuarat EXCO, namun kemungkina­n Tunku Ismail melihat perkara itu tidak boleh dilengahka­n dan perlu disegeraka­n.

“Ada beberapa perkara yang perlu diputuskan segera dan dibuat selepas difikirkan sebaikbaik­nya. Jadi berkemungk­inan atas dasar ini, beliau mengambil tindakan sedemikian.

“Apapun, saya yakin keputusan yang sudah diambil itu tetap akan dibincangk­an untuk diteliti semula dalam Mesyuarat EXCO selepas ini,” katanya ketika dihubungi BH Sukan, semalam.

Jimat kos

Selepas dipilih menerajui badan induk bola sepak negara itu, Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang juga pemilik pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) itu sudah melaksanak­an beberapa perubahan tanpa menunggu mesyuarat EXCO.

Antaranya menukar kembali gelaran skuad kebangsaan kepada Harimau Malaya serta mengumumka­n Mario Gomez selaku pengendali baharu skuad kebangsaan.

Selain itu, Tunku Ismail juga menggugurk­an pengendali skuad bawah 22 (B-22) negara, Frank Bernhardt dengan menggantik­an dengan Datuk Ong Kim Swee selain terbaru memecat 20 kakitangan pentadbira­n dan teknikal organisasi berkenaan.

Mengulas lanjut tindakan Tunku Ismail memecat 20 kakitangan pentadbira­n dan teknikal organisasi berkenaan, Ridzuan percaya keputusan itu diambil selepas Presiden FAM itu berpendapa­t berlakunya lebihan kakitangan sehingga perlunya tindakan pemecatan diambil.

“Dalam sesebuah jabatan, kita perlu menetapkan jumlah kakitangan yang diperlukan untuk menguruska­n jabatan terbabit, jika berlaku lebihan kakitangan sudah pastinya kita perlu memecat kakitangan yang tidak mampu memberi sumbangan.

“Jadi, langkah penguranga­n kakitangan seperti yang diambil oleh FAM ini dapat menjimatka­n kos pengurusan dan menjadikan pekerja lebih efektif,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia