Berita Harian

Nasib berbeza dua beregu

-

Kuching: Beregu lelaki negara, Teo Ee Yi-ong Yew Sin mengintai peluang untuk melakar satu lagi kejutan apabila turun menentang pasangan China, Fu Haifeng-zheng Siwei dalam aksi pusingan kedua Terbuka Malaysia di Stadium Perpaduan Kuching, hari ini.

Semalam, beregu nombor dua negara itu melakar kejutan apabila menewaskan pasangan nombor tujuh dunia dari Denmark, Mads Conrad Petersen-mads Pieler Kolding 21-19, 16-21, 21-10 dalam aksi pusingan pertama.

Kejayaan itu jelas menyun- tik semangat Ee Yi-yew Sin untuk mempamerka­n aksi terbaik mereka menjelang pertembung­an dengan Haifeng-siwei.

“Kemenangan ini meningkatk­an lagi tahap keyakinan kami terutama selepas gagal melepasi pusingan pertama dalam dua kejohanan sebelum ini (Seluruh England dan Terbuka Switzerlan­d). Jadi, ini memberi satu kelegaan buat kami.

“Esok (hari ini) kami turun sebagai beregu ‘underdog’ kerana semua tahu Fu Haifeng adalah juara Olimpik dan pemain yang berpengala­man. Jadi, kami tidak ada tekanan... kami akan berjuang habis-habisan untuk cuba melakar kejutan sekali lagi,” kata Yew Sin selepas tamat perlawanan, semalam.

Nasib malang

Fu Haifeng-siwei mara ke pusingan kedua selepas menewaskan gandingan Russia, Vladimir Ivanov-ivan Sozonov 22-20, 17-21, 21-14.

Turut mara ke pusingan kedua ialah Low Juan ShenChooi Kah Ming selepas menewaskan Lee Jhe HueiLee Yang 22-20, 21-16.

Bagaimanap­un, nasib malang menimpa pasangan nombor dua dunia, Goh V Shem-tan Wee Kiong menerima tamparan hebat apabila dikejutkan dengan kekalahan di tangan beregu Hong Kong, Or Chin Chung-tang Chun Man 17-21, 21-23.

“Disebabkan keinginan terlalu tinggi untuk menang di hadapan penyokong sendiri menyaksika­n kami gagal bermain dengan baik. Kami lambat untuk menyesuaik­an diri dengan permainan di dalam gelanggang dan menyebabka­n lawan mendapat kelebihan,” kata Wee Kiong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia