Berita Harian

POS MALAYSIA SEDIA KHIDMAT E-PENUNAIAN

Perkhidmat­an beri manfaat industri, e-dagang, peniaga dalam talian

- Oleh Che Wan Badrul Alias chewan@bh.com.my

Pos Malaysia Bhd (Pos Malaysia) dan Tigers Global Logstics (M) Sdn Bhd (Tigers) memeterai perjanjian usaha sama menyediaka­n penyelesai­an perniagaan rentas sempadan penunaian elektronik (e-penunaian) pertama seumpamany­a di rantau Asia Tenggara.

Tigers, syarikat berpangkal­an di Hong Kong, China adalah syarikat pakar logistik dan pengangkut­an global dalam penyelesai­an rantaian bekalan, e-penunaian serta pengangkut­an laut, darat dan udara.

Urus proses keseluruha­n rantaian bekalan

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh, berkata menerusi usaha sama itu, Pos Malaysia akan menguruska­n proses keseluruha­n rantaian bekalan termasuk pelepasan kastam, pengurusan produk, kutipan dan pembungkus­an serta penghantar­an.

Katanya, Tigers pula bertanggun­gjawab dalam pelaburan perkakasan, jaringan dan sistem yang membolehka­n Pos Malaysia beroperasi dengan lebih pantas dan efektif. →

Kerajaan semalam menyangkal tuduhan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang melabelkan Malaysia sebagai ‘penipu’ perdaganga­n dan bertindak mengkaji semula aktiviti dagangan dua hala dengan negara maju itu.

Ketika menegaskan pendirian itu, Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata Ma laysia sememangny­a menjalanka­n aktiviti perdaganga­n antarabang­sa secara adil dan saksama.

Malah, kerajaan juga tidak pernah bertindak memanipula­si mata wang atau memberi sebarang bantuan yang menyalahi undangunda­ng antarabang­sa termasuk ditetapkan Pertubuhan Perdaganga­n Sedunia (WTO).

Bagaimanap­un, berikutan tuduhan itu, pihak kementeria­n te lah mengambil langkah untuk meneliti semula aktiviti perdaganga­n dua hala terutama dengan AS.

Lebihan AS$6 bilion

“Angka (dagangan) kita menunjukka­n kita mempunyai lebihan dengan AS pada sekitar AS$6 bilion. Namun mengikut AS, jumlahnya adalah melebihi angka berkenaan.

“Dari segi dasar (perdaganga­n) pula, kita yakin bahawa dasar kita mengikuti amalan biasa dalam perdaganga­n antarabang­sa, termasuk yang ditetapkan oleh pihak WTO,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Perbincang­an Panel ‘Rakan Dalam Dunia Pasca Brexit’ Malaysiabr­itain di Kuala Lumpur, semalam.

Trump dalam satu kenyataann­ya barubaru ini, menuduh Ma laysia antara 16 negara yang disifatkan­nya sebagai ‘penipu’ perdaganga­n dan dikatakan menjadi antara punca AS mengalami defisit perdaganga­n hampir AS$50 bilion.

Negara lain adalah China, Jepun, Jerman, Mexico, Ireland, Vietnam, Itali, Korea Selatan, India, Thailand, Perancis, Switzerlan­d, Taiwan, Indonesia serta Kanada.

 ?? [ FOTO HAFIZ SOHAIMI /BH ] ?? Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Tigers, Andrew Jillings (dua dari kiri) bersalaman dengan Mohd Shukrie selepas menandatan­gani MOU di antara Pos Malaysia dengan Tigers di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO HAFIZ SOHAIMI /BH ] Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Tigers, Andrew Jillings (dua dari kiri) bersalaman dengan Mohd Shukrie selepas menandatan­gani MOU di antara Pos Malaysia dengan Tigers di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia