Berita Harian

Prof Mohammad Shatar dilantik Naib Canselor UPSI

-

Kuala Lumpur: Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Datuk Dr Mohammad Shatar

Sabran, dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang baharu untuk tempoh tiga tahun, berkuat kuasa 24 Februari lalu.

Beliau menggantik­an Prof Datuk Dr Zakaria Kasa yang bersara wajib selepas menyandang jawatan itu selama lebih lima tahun bermula 1 September 2011 hingga 23 Februari 2017.

Prof Mohammad

Shatar, 50, berkelulus­an ijazah sarjana muda dan sarjana dari Iowa State University, Ames, Iowa, Amerika Syarikat, sebelum menamatkan pengajian peringkat ijazah doktor falsafah (PHD) dari University of Missouri, Columbia.

Selain berpengala­man luas dalam bidang akademik, beliau adalah pakar sosial dan penceramah motivasi, terutama berkaitan pembelajar­an dan kecemerlan­gan, kepemimpin­an, penduduk luar bandar, pembanguna­n kemahiran insaniah, permasalah­an sosial, modal insan, keibubapaa­n serta remaja.

UPSI pilihan pelajar

Anak kelahiran Perak itu yang turut memiliki kepakaran khusus dalam bidang kepemimpin­an dan pembanguna­n komuniti, sudah menyampaik­an lebih 700 ceramah motivasi serta menerbitka­n lebih 40 buku.

Ketika dihubungi, Prof Mohammad Shatar berkata, pelantikan itu cukup istimewa kerana memberi peluang untuk beliau menjadikan UPSI universiti pilihan bagi mereka yang mahu mengikuti pengajian dalam bidang perguruan.

“Saya berazam menyusun beberapa agenda bersama pengurusan UPSI nanti untuk menjadikan satu-satunya universiti pendidikan di Malaysia ini pilihan pelajar di dalam dan luar negara,” katanya.

 ??  ?? Prof Mohammad Shatar Sabran
Prof Mohammad Shatar Sabran

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia