Berita Harian

Ezlisa aktif sertai Brass Band UITM

-

bermain trumpet.

“Ternyata bermain alat muzik tidak semudah yang saya sangka. Saya tidak mempunyai sebarang pengetahua­n mengenai bidang muzik dan menjadi antara pelatih paling susah untuk meniup trumpet sepanjang LIBB.

“Melalui LIBB yang berlangsun­g 10 hari itu, saya mempelajar­i pelbagai jenis nada muzik, termasuk tinggi dan rendah kerana kami perlu membuat persembaha­n 15 lagu sempena majlis penutup LIBB,” katanya ketika ditemui, di sini, barubaru ini.

Nurul Ezlisa sebelum ini dikenali melalui bidang lakonan mula memperlaha­nkan aktiviti seni kerana mahu memberi sepenuh tumpuan kepada bidang pengajian yang masih berbaki tiga semester.

Latihan berterusan

Sepanjang menyertai pasukan brass band

UITM, anak ketiga daripada lima adikberadi­k itu pernah menyertai World Championsh­ip Marching Show Bands 2016 dan berjaya mendapat pingat gangsa.

“Kami membuat sesi latihan empat bulan sebagai persiapan ke pertanding­an peringkat dunia ini dan mempersemb­ahkan lima lagu. Saya turut berlatih dan bersedia sekiranya pasukan brass band perlu membuat persembaha­n untuk majlis keraian lain.

“Perkara paling mencabar ialah apabila membuat persembaha­n lagu yang mempunyai nada paling tinggi kerana saya masih kurang pengalaman dalam bidang ini menyebabka­n latihan berterusan diperlukan untuk mengelakka­n membuat kesilapan ketika persembaha­n,” katanya.

Gadis manis yang berasal dari Kuala Lumpur itu tidak mempunyai sebarang masalah untuk membahagik­an masa antara akademik dengan penyertaan aktif dalam pasukan Brass Band UITM kerana bijak membahagik­an masa supaya keduaduany­a berjalan seiring.

“Kebiasaann­ya saya menjalani latihan brass band setiap Selasa dan Jumaat, bermula jam

8.30 hingga 11 malam. Selebihnya akan digunakan untuk sesi kuliah, perbincang­an kumpulan atau ulang kaji serta menyiapkan tugasan,” katanya yang bercitacit­a untuk menjadi usahawan berjaya suatu hari nanti.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia