Berita Harian

OBOR INSPIRASI

Siswi buktikan kecemerlan­gan dalam pelbagai bidang, cekal berdepan cabaran

- Oleh Basir Zahrom basir_zahrom@bh.com.my

“Mak bekerja keras demi menanggung kami tiga adik-beradik dengan menoreh getah, mengambil upah mencuci pinggan dan melakukan pelbagai usaha lagi, malah apabila betul-betul kehabisan duit, mak sanggup menebalkan muka meminjam daripada orang lain.

“Suatu hari ketika dalam perjalanan pergi menoreh, kaki kiri mak cedera parah selepas motosikal peninggala­n arwah bapa ditunggang­nya berlanggar dengan sebuah kereta. Akibat kemalangan itu, mak terlantar di rumah selama tiga bulan.

“Sepanjang tempoh itu, kami menampung kehidupan dengan gaji RM600 diperoleh adik sebagai pelayan kedai dan bantuan zakat yang saya terima. Mak berkorban memaksa diri bekerja semula walaupun dalam keadaan kakinya tempang hingga kini.”

Kisah hiba cukup menyentuh perasaan itu diimbau mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah dengan Kepujian, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM),

Nur Syafikah Husin, 22, yang menjadikan kegetiran diharungi keluarga dorongan untuk belajar bersungguh-sungguh selepas kematian ayahnya 13 tahun lalu.

Beliau yang mencatat purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.55 mengaku kesempitan hidup turut menyebabka­n mereka sering dipandang rendah, namun semua dugaan itu diterjemah­kan sebagai pembakar semangat untuk membuktika­n kemampuan menggapai kejayaan.

Sementara masih dalam pengajian, Nur Syafikah berusaha membantu ibunya sedaya yang mampu, termasuk memberi sebahagian wang bantuan zakat tahunan RM1,000 diterima daripada pihak universiti.

“Setiap tahun, saya mengisi borang permohonan bantuan zakat itu. Kepayahan yang mak tempuhi membina keazaman saya untuk mengejar cita-cita menjadi seorang ustazah.

Tetapkan sasaran

“Sebagai mahasiswa lebihlebih lagi wanita, saya perlu kuat kerana persaingan kini terlalu sengit.

“Saya belajar bersungguh-sungguh untuk memasuki universiti awam dan mendapatka­n pekerjaan bagus selepas menamatkan pengajian nanti,” katanya yang sedang menjalani latihan industri di Pejabat Agama Jajahan Tanah Merah, Kelantan.

Selain kecemerlan­gan akademik, kejayaan wanita dalam bidang sukan juga bukan calang-calang, antaranya yang dibuktikan oleh mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan, Universiti Malaya (UM),

Sylvia Kavita Kumares, 22.

Juara acara badminton perseorang­an pada Kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2016 yang berpengala­man membawa cabaran Malaysia ke saingan di dalam dan luar negara itu menitikber­atkan komitmen 100 peratus dalam sebarang usaha dilakukan.

“Memang agak mencabar untuk mengimbang­i tumpuan dan masa antara akademik dengan sukan, namun perkara paling penting yang harus diingatkan diri sendiri ialah sentiasa berusaha sedaya upaya.

“Pengurusan masa sangat penting, justeru saya sentiasa merancang terlebih dahulu segala aktiviti yang akan dilakukan. Saya juga menetapkan sasaran sebagai motivasi supaya tidak lalai akan tujuan menjalani latihan mahupun belajar setiap hari,” katanya.

Sylvia Kavita berkata, pencapaian kaum Hawa dalam arena sukan di Malaysia kian membanggak­an, termasuk pasangan beregu nombor satu yang menjadi ikon badminton wanita negara, Woon Khe Wei dan juga Vivian Hoo.

“Antara langkah boleh diambil untuk membantu memperting­kat pencapaian wanita dalam sukan ialah menubuhkan sekolah sukan khas bagi gender itu, mengadakan kempen kesedaran dari awal persekolah­an dan menyelaras­kan insentif hadiah sama dengan lelaki supaya tidak berlaku seksisme,” katanya.

Manfaatkan kelainan

Sementara itu, dunia kepemimpin­an di kampus turut menyaksika­n keupayaan penuntut wanita menerajui majlis perwakilan pelajar (MPP) yang memperjuan­gkan kebajikan ribuan warga pengajian.

Seorang daripadany­a ialah Yang Dipertua

MPP Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) yang juga mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Kejurutera­an (Kepujian) (Kejurutera­an Reka Bentuk Produk), Nurhazwani Zabidin, 21.

Beliau berkata, suara wanita diperlukan dalam MPP, terutama bagi menangani hal ehwal siswi bertepatan perkembang­an statistik yang menunjukka­n pelajar wanita mendominas­i kemasukan di kebanyakan institusi pengajian tinggi.

“Tidak dinafikan bahawa wanita dan lelaki memiliki pemikiran berbeza, justeru kelainan itu harus dimanfaatk­an sebagai peluang mencambah idea dan harapan untuk mencapai visi serta misi organisasi.

“Kita perlu saling bekerjasam­a dan bertolak ansur, termasuk membina persefaham­an dan kesepakata­n bagi memastikan organisasi berada dalam landasan yang betul,” katanya.

Saya tiada rahsia tertentu dalam pembelajar­an, hanya mengamalka­n solat hajat, solat duha dan membaca al-quran, selain meyakini keberkatan doa seorang ibu. Oleh itu sebelum menduduki peperiksaa­n, saya akan menelefon mak untuk meminta restu” Nur Syafikah Husin, Siswi USIM

 ??  ?? Prof Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar
Prof Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar
 ??  ?? Ameera Natasha Moore Azman James
Ameera Natasha Moore Azman James
 ??  ?? Cheong Jun Hoong
Cheong Jun Hoong
 ??  ?? Zaidatul Husniah Zulkifli
Zaidatul Husniah Zulkifli
 ??  ?? Noorain Mohd Said
Noorain Mohd Said
 ??  ?? Prof Datuk Dr Asma Ismail
Prof Datuk Dr Asma Ismail
 ??  ?? Tan Sri Dr Rafiah Salim
Tan Sri Dr Rafiah Salim
 ??  ?? Prof Datin Paduka Dr Aini Ideris
Prof Datin Paduka Dr Aini Ideris
 ??  ?? Prof Emeritus Datuk Dr Aminah Ayob
Prof Emeritus Datuk Dr Aminah Ayob
 ??  ?? Siti Husnaa Hassan
Siti Husnaa Hassan
 ??  ?? Nurhazwani (dua dari kanan) sering menjayakan program kepemimpin­an di dalam dan luar kampus.
Nurhazwani (dua dari kanan) sering menjayakan program kepemimpin­an di dalam dan luar kampus.
 ??  ?? Sylvia Kavita berpengala­man mewakili Malaysia ke Kejohanan Universiti Sedunia dan Kejohanan Universiti ASEAN.
Sylvia Kavita berpengala­man mewakili Malaysia ke Kejohanan Universiti Sedunia dan Kejohanan Universiti ASEAN.
 ??  ?? Nur Syafikah (kiri) menerima penghargaa­n daripada pihak Universiti Yala Rajabhat sempena program lawatan antarabang­sa ke Thailand yang disertai.
Nur Syafikah (kiri) menerima penghargaa­n daripada pihak Universiti Yala Rajabhat sempena program lawatan antarabang­sa ke Thailand yang disertai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia