Berita Harian

WONDA Extra Presso temui penggemar kopi

-

WONDA Coffee, jenama kopi sedia diminum (RTD), menawarkan pengalaman baharu kepada penggemar kopi dengan memperkena­lkan WONDA Extra Presso, varian terbaru dalam rangkaian produknya.

WONDA Extra Presso yang dirumus khas dengan lebih daripada 50 peratus biji kopi Arabica, dibancuh sempurna untuk memberikan rasa kopi kuat dan berkrim yang menawarkan cita rasa tambahan kepada peminat kopi.

Minuman premium dalam tin 240 mililiter (ml) juga mengekalka­n kualiti asli yang sinonim dengan jenama WONDA yang terkenal dengan ‘rasa seperti baharu dibancuh dan memancarka­n aroma yang menyegarka­n.

Naib Presiden Pembanguna­n Perniagaan dan Pemasaran Etika Sdn Bhd, Hemalatha Ragavan, berkata rakyat Malaysia sukakan kopi dan varian baharu yang diperkenal­kan itu adalah bagi mereka yang mahukan kopi sebenar.

Gabungan baharu

“Inilah sebabnya kami menghasilk­an gabungan baharu yang kaya dengan rasa kopi. Bagi memperkena­lkan varian baharu ke pasaran, banyak penyelidik­an dan perhatian dilaksanak­an hasil maklum balas pelanggan, apa yang dimahukan untuk kopi dalam tin sempurna dan penuhi cita rasa mereka.

“Permintaan kukuh kopi dalam tin di pasaran dan kami mahu memastikan WONDA dapat memenuhi keperluan pelanggan menyaksika­n kami menghasilk­an kopi mengikut selera mereka,” katanya.

Sempena pelancaran WONDA Extra Presso dan merangsang keseronoka­n penggemar kopi, Papan Iklan Dispens WONDA ditempatka­n di stesen LRT Masjid Jamek dan Wangsa Maju dari 7 hingga 9 Disember 2016.

Pencinta kopi berpeluang menikmati rasa WONDA Extra Presso sebelum pelancaran­nya, kini boleh didapati di kebanyakan pasar raya besar, pasar raya, kedai serbaneka dan kedai runcit di seluruh negara.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia