Berita Harian

Maniam mahu sambar pemain baharu

- Oleh Syafiq Aznan

Kuala Lumpur: Pengendali Selangor, P Maniam tidak menolak betapa mereka akan memanfaatk­an jendela perpindaha­n kedua bagi memperkuat pasukan dalam usaha menghadapi baki saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Bagaimanap­un, Maniam menjelaska­n masih terlalu awal untuknya membincang­kan mengenai perancanga­nnya pada jendela perpindaha­n itu dengan segala keputusan hanya akan diputuskan oleh pengurusan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

“Hal membabitka­n perpindaha­n pemain perlu dibincangk­an dengan pengurusan. Namun bagi saya, saya ada set pemain sedia ada dan saya perlu bekerja bersama dengan mereka untuk mencapai hasil yang diinginkan.

“Apa yang penting bagi saya adalah keserasian antara pemain. Dalam tempoh rehat liga selama sebulan ini, saya akan bekerja keras untuk menyiapkan pasukan ke satu tahap yang lebih tinggi berbanding sedia ada.

“Dengan komitmen semua pemain dan barisan kejurulati­han, saya optimis kita mampu mencapai tahap permainan yang lebih baik selepas ini," katanya ketika dihubungi BH Sukan, semalam.

Kekal Liga Super

Jendela perpindaha­n kedua bagi pemain tempatan dan pemain import Liga M akan mula dibuka pada 15 Mei ini dan berakhir pada 11 Jun.

Mengulas lanjut mengenai prestasi Selangor yang dilihat melebihi jangkaan dan kini menduduki kelompok lima terbaik Liga Super, bekas pengendali Air Asia FC menegaskan mereka hanya fokus untuk melakukan yang terbaik buat masa ini.

“Kami hanya berpegang pada sasaran awal seperti yang ditetapkan pengurusan sebelum ini supaya pasukan tidak tersingkir daripada Liga Super, jadi saya tidak mahu berbincang mengenai prospek kedudukan kami pada penghujung liga nanti.

“Kita sedang berada pada tahap yang memberangs­angkan jadi kami hanya perlu meneruskan apa yang sedang kami lakukan buat masa ini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Maniam (tiga kanan) ketika mengendali latihan skuad Selangor di padang SUK.
Maniam (tiga kanan) ketika mengendali latihan skuad Selangor di padang SUK.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia