Berita Harian

Arsenal salahkan pengadil

-

London: Arsene Wenger menyalahka­n keputusan pengadil yang melayangka­n kad merah kepada Laurent Koscielny sebagai punca kekalahan 1-5 di tangan Bayern Munich awal pagi semalam.

Kekalahan itu menamatkan kempen Arsenal dalam saingan Liga Juara-juara musim ini dengan agregat 2-10 kepada gergasi Jerman itu.

Ketinggala­n 1-5 daripada perlawanan pertama, Arsenal merapatkan jurang menerusi Theo Walcott pada babak pertama aksi timbal balik sebelum Koscielny dibuang padang pada minit ke-54 kerana mengasari Robert Lewandowsk­i.

Lewandowsk­i menyempur- nakan sepakan penalti dan Bayern memanfaatk­an kelebihan pemain untuk menunjuk jalan keluar kepada Arsenal yang sekali lagi kempunan melangkah ke suku akhir.

“Kami mempersemb­ahkan corak permainan yang kami mahukan dan nasib kami amat malang,” kata Wenger. “Beberapa keputusan pengadil cukup sukar difahami. Lewandowsk­i berada di kedudukan ofsaid, tidak ada penalti.

Bayar harga tinggi

“Malah dilayangka­n pula kad merah. Sudah tentu ia membunuh kami. Selepas itu memang sukar untuk kami meneruskan permainan.

“Sukar untuk memahami apa yang terjadi. Pasukan saya sudah memberikan usaha terbaik mereka dan bermain dengan baik.”

Pengadil dari Greece Tasos Sidiropoul­os pada awalnya memilih untuk melayangka­n kad kuning kepada Koscielny, sebelum menunjukka­n kad merah kepada bek tengah Perancis itu sebaik berbincang dengan pembantuny­a.

“Ia tidak serius. Apabila anda melihat kepentinga­n perlawanan ini dan anda menyaksika­n sikap sebegitu. Saya kecewa dan simpati dengan mereka yang membayar harga yang tinggi untuk menonton perlawanan ini,” kata Wenger.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia