Berita Harian

CIMA yakin manfaat seminar anjuran BH

-

Kuala Lumpur: Keberkesan­an seminar anjuran BH mendorong Cement Industries of Malaysia Berhad (CIMA), anak syarikat UEM Group Berhad, menjalinka­n kerjasama bagi meneruskan program pendidikan dengan BH, tahun ini.

Ketua Kumpulan Sumber Manusia, Pentadbira­n dan Komunikasi Korporat CIMA, Zanita Mohd Zin, berkata kerjasama pendidikan itu memberi banyak manfaat kepada peserta terutama calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang menyertai seminar itu tahun lalu.

Beliau berkata, CIMA mendapat maklum balas yang positif daripada murid dan guru pengiring terbabit mengenai program pendidikan yang dijalankan sebelum ini bersama BH.

Tip bantu pelajar

“Melalui seminar ini, murid bukan sahaja mengetahui pendekatan belajar yang betul, malahan turut mendapat panduan menjawab soalan dengan berkesan.

“Tip yang diberikan oleh penceramah berpengala­man lebih membantu murid untuk memahami mata pelajaran di samping pengajaran dan pembelajar­an (PDP) di dalam kelas,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan tajaan sempena pelancaran Seminar Bimbingan Peperiksaa­n BH 2017 yang berlangsun­g di Balai Berita, The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) di sini, baru-baru ini.

Yang turut hadir Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mahfar Ali dan Timbalan Pengarang Kumpulan BH, Datuk Badrulhish­am Othman.

Tahun ini adalah tahun kedua CIMA menaja dan menjalin kerjasama program pendidikan bersama BH.

Seramai 520 murid daripada 47 sekolah dipilih daripada Negeri Sembilan dan Perlis akan menyertai Klinik UPSR BH Didik pada tahun ini.

Sebanyak 32 sekolah dipilih oleh CIMA dalam daerah Kuala Pilah, Jempol dan Jelebu di Negeri Sembilan, manakala 15 sekolah daripada Perlis.

 ?? [FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN/BH] ?? Zanita (kanan) menyerahka­n simbolik penajaan kepada Mahfar (tengah) dan Badrulhish­am pada majlis Pelancaran Seminar Bimbingan Peperiksaa­n BH 2017, di NSTP.
[FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN/BH] Zanita (kanan) menyerahka­n simbolik penajaan kepada Mahfar (tengah) dan Badrulhish­am pada majlis Pelancaran Seminar Bimbingan Peperiksaa­n BH 2017, di NSTP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia