Berita Harian

‘Beri alasan kerana tak mahu bina’

JWN patut pertimbang­kan aspek seni bina kediaman berbumbung limas di tengah ibu kota

- Oleh Siti Haliza Yusop

Kenyataan Jabatan Warisan Negara (JWN) yang gagal memulihara rumah pusaka Chow Kit atas alasan ia bukan dibina oleh pengasas Kuala Lumpur, Sutan Puasa, hanya sekadar alasan untuk tidak mendirikan semula rumah berkenaan.

Jika kaitan latar belakang sejarah rumah pusaka itu dipersoalk­an, JWN seharusnya lebih bijak untuk mempertimb­angkan faktor lain, antaranya aspek seni bina yang ada pada kediaman terbabit.

Mengemukak­an pandangan berkenaan, Pensyarah Kanan Fakulti Seni Bina, Perancanga­n dan Ukur, Universiti Teknologi Mara (UITM) Perak, Dr Kamarul Syahril Kamal, berkata rumah pusaka dibina pada 1926 itu sebenarnya layak didirikan semula.

Layak dibina semula

“Rumah itu masih layak dibina semula walaupun usaha berkenaan tidak diteruskan atas alasan ia dibina oleh anak saudara Sutan Puasa. Rumah itu adalah rumah berbumbung limas di tengah ibu kota, jadi sangat wajar dikekalkan.

“Usaha pemulihara­an boleh sahaja dilakukan, tetapi mereka (pihak bertanggun­gjawab) enggan,” katanya kepada BH.

Laporan BH sebelum ini memetik Timbalan Ketua Pengarah JWN, Datuk Mod Zaky Din, berkata seni bina rumah pusaka itu juga biasa, sama seperti kebanyakan rumah potong yang banyak ditemui di Perak.

Struktur dikekalkan

Kamarul Syahril yang memiliki kepakaran dalam Teknologi Pemulihara­an Bangunan dan Warisan, berkata penjualan tapak rumah itu seharusnya turut membabitka­n perjanjian supaya ia dikekalkan oleh pemilik baharunya.

Menerusi cara itu, katanya, mudah untuk struktur kediaman berkenaan dikekalkan dan dibaik pulih, selain dijadikan muzium atau galeri bagi mengekalka­n nilai sejarah dan seni bina yang dikaitkan dengannya.

“Saya berpandang­an wajar diadakan usaha sama dengan pakar seni bina dari universiti tempatan serta pelajar bagi membolehka­n rumah pusaka itu dibina semula,” katanya.

 ??  ?? Keratan akhbar BH, semalam.
Keratan akhbar BH, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia