Irama 60-an menggegar
Konsert Pop Yeh Yeh di IB dapat sambutan hangat peminat pelbagai generasi
Irama pop yeh yeh yang pernah mencetuskan fenomena pada era 60-an terus segar dan mendapat perhatian peminat walaupun hampir enam dekad sudah pun berlalu. keadaan itu dapat disaksikan pada
yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat hingga Ahad lalu, di Istana Budaya (IB).
Muzik terbabit bukan saja diminati oleh mereka yang membesar pada era berkenaan, tetapi generasi lebih muda seperti yang dapat dilihat pada persembahan tempoh hari. Ia pastinya menjadi bukti betapa genre ini terus menjadi pilihan dan irama pop yeh yeh tidak lapuk ditelan zaman.
Selain persembahan muzik dan lagu daripada era itu, konsert berkenaan juga pastinya tidak lengkap tanpa fesyen yang membangkitkan lagi elemen zaman terbabit.
Lincah menari
Konsert kali keempat yang mengangkat irama pop yeh yeh di IB, yang kali ini dipentaskan dengan kerjasama Persatuan Generasi Seni Malaysia (GENSEM) ini cukup bermakna kerana dijayakan oleh nama yang cukup sinonim dengan era itu seperti J Sham, Datuk L Ramli, Datuk A Rahman Hassan, Maria Bachok dan Datuk Jeffrydin.
Selain itu konsert terbabit turut menampilkan penyanyi generasi muda yang memperjuangkan irama pop yeh yeh, A Rozaini, selain dua bakat pelapis iaitu Aiman Tino dan Amira Othman.
Tirai pentas IB untuk segmen pertama dibuka oleh J Sham dengan lagunya
Mencari Sinar Bahagia dan
Suratku Untukmu. Kemudian, persembahan diteruskan oleh L Ramli menerusi lagu popularnya, Ayahku Kahwin Lagi dan Dara Pujaan.
Tidak lengkap persembahan penyanyi kelahiran Pulau Pinang itu tanpa menunjukkan kelincahannya menari walaupun pada usia 75 tahun.
Artis muda tunjuk kehebatan
A Rahman meneruskan kehangatan konsert dengan lagu Perpaduan Hidup dan Hanya Untukku. Menyusul selepas itu Maria Bachok dengan dendangan Alam Seni dan Harapan Baru.
A Rozaini pula menghiburkan hadirin dengan lagu Kenangan Mengusik Jiwa dan Oh Fatimah. Manakala Jeffydin menutup segmen pertama dengan dua lagu siulan ramai nyanyiannya, Kenanganku dan Mas Mona.
Kehadiran dua penyanyi muda, Aiman Tino dan Amira tidak kurang hebatnya. Walaupun tampak kerdil apabila berkongsi pentas dengan bintang berpengalaman, mereka tetap menunjukkan kesungguhan untuk menghiburkan penonton.
Aiman muncul menyampaikan lagu Peracun Kalbu dan Dendang Remaja. Ternyata penyanyi berusia 18 tahun ini bijak menguasai pentas apabila turut menari mengikut rentak lagu.
Deretan lagu malar segar
Sepanjang konsert berlangsung juga, penonton bagaikan tidak kering gusi apabila terhibur dengan celoteh pelawak, Ebby Yus, yang bertindak sebagai pengacara.
Sementara itu, konsert kali ini tidak ketinggalan memberikan penghargaan kepada penyanyi angkatan 60-an dari dalam dan luar negara.
Maria Bachok membuka segmen itu dengan lagu Hai Selamat Datang dendangan Datin Rafeah Buang), A Rozaini (Janda / Halim
Yatim), L Ramli (Pujaan
Hatiku / Salim I) Artis Tari IB (These Boots Are Made For Walking / Nancy Sinatra).
Sementara itu, J
Sham pula memberi penghargaannya dengan menyampaikan lagu Oh Carol (Neil Sedaka), Jerrydin (Am I That To Forget / Engelbert Humperdinck) dan A Rahman pula menyanyikan lagu yang dipopularkan oleh The Beatles, Yesterday.
Penyanyi yang sedang popular dengan lagu Hati Hati, Amira, muncul dengan lagu I Will Follow Him (Peggy March) dan Syurga Idaman (Azizah Mohammad).
Amira juga berpadu suara dengan A Rahman dengan lagu Bahagialah Hendaknya
dan Tak Mengapa.
Maria Bachok dan A Rozaini pula mengambil alih pentas iaitu dengan lagu Jasad dan Nyawa Kalungan Budi serta Itulah Sayang yang pernah dinyanyikan secara duet oleh Maria bersama A Ramlie.
Sementara itu, L Ramlie dan J Sham pula menyampaikan lagu Siapa Bilang
Aku Tak Sayang dan Resam Dunia bersama-sama.
Menutup segmen itu ialah gandingan Jeffrydin dan Aiman dengan lagu Peristiwa dan Ku Rela
Dibenci yang digubah semula dengan suntikan nafas irama pop yeh yeh.
Menutup persembahan hampir tiga jam itu apabila semua penyanyi bergabung menyampaikanlagu Suzanna.
Keseluruhan persembahan diiringi oleh pemuzik Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) Istana Budaya.