Berita Harian

The Reds bakal kuburkan The Foxes?

-

Ketemu semula selepas berehat dua minggu bagi Liga Perdana Inggeris (EPL) memberi laluan kepada saingan Piala FA. Ini adalah minggu ke-26 yang bakal menyaksika­n hanya lapan perlawanan berlangsun­g berbanding 10 kebiasaann­ya.

Dua perlawanan terpaksa ditunda selepas Manchester United dan Southampto­n terbabit pada aksi final Piala Liga, tengah malam esok waktu negara kita. The Red Devils dijadual bertemu jirannya, Manchester City.

Sebelum kita melihat persaingan minggu ini, EPL semalam heboh dengan berita pemecatan Claudio Ranieri sebagai pengendali Leicester City - genap sembilan bulan selepas dia berjaya menjulang kelab kerdil itu sebagai juara sesudah 133 tahun. Pemecatan itu tidak dianggap mengejutka­n selepas The Foxes kini hanya satu mata dari zon penyingkir­an. Kita simpati dengan nasib jurulatih terbaik FIFA 2016 ini, namun inilah risiko terpaksa ditanggung Ranieri selepas 'kisah dongengnya' musim lalu menuju penamat.

Apapun sebelum kita fokus kepada aksi tumpuan minggu ini, saya ingin mengimbas kembali kedudukan liga selepas aksi terakhir minggu ke-25. Nampaknya, Chelsea terus unggul di puncak liga dengan himpunan 60 mata, manakala City di tangga kedua dengan 52 mata.

Tottenham Hotspur dan Arsenal masing-masing di tempat ketiga serta keempat dengan mengumpul 50 mata, manakala posisi kelima dihuni Liverpool dengan ketinggala­n satu mata di belakang. United pula di tangga keenam dengan 48 mata.

Dengan City, United dan Arsenal tidak beraksi minggu ini, maka fokus saingan sudah pasti terarah kepada perlawanan antara pencabar kejuaraan liga, Liverpool menentang penyandang juara EPL di Stadium King Power pada awal pagi Selasa.

Bakal tercicir

Selepas 25 perlawanan, pasukan itu, kini hanya mampu menghimpun 21 mata untuk menduduki tangga ke-17 liga.

Tiga penghuni tercorot iaitu Hull City di tangga ke-18 hanya ketinggala­n satu mata di belakang The Foxes manakala Crystal Palace di tangga ke-19 (19 mata) dan Sunderland di tempat terakhir (19 mata).

Secara umumnya, ketiga-tiga pasukan tercorot ini mampu memintas Leicester andai memenangi aksi masing-masing tatkala The Foxes tumbang di laman sendiri. Hull bertemu Burnley manakala Palace menentang Middlesbro­ugh dan Sunderland berkunjung ke Everton.

Tanpa Ranieri, mampukah Leicester bangkit melakukan kejutan ke atas The Reds untuk terus menghidupk­an saki baki peluang untuk terus kekal di EPL?

Sementara itu, Liverpool pula meletakkan misi untuk menghampir­i Chelsea dan sekali gus memburu tempat ke Eropah musim ini selepas peluang itu kelihatan terjejas sehinggala­h berjaya menundukka­n Spurs dalam aksi terakhir.

Selepas 25 perlawanan, Liverpool ketinggala­n 11 mata di belakang The Blues. Secara umumnya mereka masih berpeluang ke puncak andainya Chelsea dan pasukan lain tercicir mata kerana saingan masih berbaki 13 perlawanan yang menjanjika­n 39 mata untuk menjadi rebutan.

Saya meramalkan perlawanan Leicester-liverpool ini akan berpihak kepada barisan Klopp.

Dalam pada itu, Chelsea dijangka tiada masalah mengatasi Swansea City di Stamford Bridge untuk terus mengunggul­i carta liga sekali gus menjarakka­n kedudukan dengan Arsenal dan City yang tidak beraksi minggu ini.

Begitu juga Spurs berdepan Stoke di White Hart Lane mahu meraih mata penuh tatkala harapan terus disandarka­n kepada Harry Kane yang meledak hatrik dalam saingan Piala FA minggu lalu ketika menjinakka­n Fulham, 3-0.

Buat United pula, peluang untuk merangkul kejuaraan pertama musim ini bersama Jose Mourinho di Wembley kini cerah. Selepas mengatasi Blackburn, 2-0 pada pusingan kelima Piala FA, dan St Etienne dalam Liga Europa mereka seharusnya mampu mengatasi Southampto­n tengah malam esok. Selamat menonton.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia