Berita Harian

KELAS TERSENDIRI

Julang trofi Vokal Terbaik tiga kali, lagu dendangan Dayang Nurfaizah, Lelaki Teragung ungguli AJL31

-

Nada sebak dan air mata yang gugur tatkala menyanyika­n kembali Lelaki Teragung sebaik saja lagu itu diumumkan sebagai pemenang trofi Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL31) sudah cukup untuk menterjema­hkan gelora perasaan penyanyiny­a, Dayang Nurfaizah.

Ibarat wayang yang berputar, kemenangan lagu itu membawa kembali ingatannya kepada setiap peristiwa pahit dan manis pernah berlaku pada awal kemunculan­nya di bidang seni.

“Tangisan Dayang membawa makna yang Dayang sangat gembira dengan kejayaan malam ini. Tiba-tiba, pengalaman masa lalu menerpa dalam ingatan terutama ketika Dayang mula-mula menceburi bidang seni

“Gembira kerana Dayang diterima dan segala usaha serta kerja keras selama ini terasa sangat dihargai,” ujar Dayang pada sidang media sebaik saja malam kemuncak AJL31 yang diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia

Putra (PWTC), berakhir.

Jaga kesihatan diri

Seperti dalam setiap pertanding­an disertainy­a, Dayang mengakui tidak pernah meletakkan sebarang harapan untuk bergelar juara. Baginya, asalkan peminat berpuas hati dengan persembaha­nnya, ia sudah memadai.

“Terus-terang, soal kemenangan bukan perkara yang menjadi keutamaan. Ketika sesi latihan lagi, fokus Dayang adalah untuk memastikan Dayang sihat, tidak batuk dan cukup tidur.

“Pada Dayang, kalau berjaya menghiburk­an orang dan dapat memberikan yang terbaik, andai kalah sekalipun, ia sudah memadai untuk menggembir­akan Dayang,” ujar penyanyi berusia 35 tahun ini.

Pada malam kemuncak itu, Dayang menyanyika­n lagu hasil ciptaan Natasha dan lirik tulisan Iman

Imran. Inilah kerjasama kedua Dayang dan Iman Imran selepas lagu Di Pintu Syurga yang memenangi tempat ketiga AJL29.

Terus merendah diri

Lebih membanggak­an apabila buat kali ketiga berturut-turut, Dayang diumumkan sebagai pemenang trofi Vokal Terbaik, sekali gus melakar kejayaan peribadi buatnya. Dengan pencapaian itu juga bermakna Dayang bakal menjadi penyanyi digeruni ramai apabila muncul di pentas pertanding­an seperti itu.

Namun begitu, saat diminta mengulas mengenai kemungkina­n itu, Dayang tetap merendah diri.

“Dayang tidak pernah menganggap sebegitu kerana Dayang rasa masih banyak lagi yang perlu Dayang belajar. Malah, Dayang tak rasa pun diri ini sudah cukup sempurna selain banyak lagi perkara yang perlu Dayang perbaiki,” kata pemilik nama penuh Dayang Nurfaizah Awang Dowty ini.

Akui Dayang, saingan pada AJL kali ini memang mencabar dengan persaingan beberapa nama besar yang turut pernah membawa pulang anugerah vokal.

“Dayang percaya masingmasi­ng mempunyai suara yang bertenaga dan mereka memberikan yang terbaik.

“Jadi, Dayang memang memujuk diri agar bertenang dan fokus pada setiap apa yang mahu dilakukan tanpa mendengar persembaha­n lain. Semua bukan calang-calang,” katanya.

Selain dirinya, bekas pemenang anugerah Vokal Terbaik lain yang sekali lagi bersaing pada pentas AJL31 ialah Hafiz Suip, Misha

Omar dan Black Hanifah.

Karya dibantu suami

Sementara itu, bercerita mengenai karya agungnya, Natasha berkata kejayaan lagu itu banyak dibantu oleh kehebatan penyanyi dan lirik yang kuat.

“Sewaktu mendapat tahu Dayang yang menyanyika­n lagu ini, saya dapat rasakan sesuatu. Saya tahu Dayang ialah penyanyi yang bagus dan apabila dia yang menyanyika­n lagu itu, sudah tentu saya teruja.

“Kali pertama mendengar lagu itu dirakamkan, saya sangat berpuas hati kerana Dayang berjaya

menyampaik­annya dengan begitu baik sekali,” katanya yang turut dibantu suaminya, vokalis kumpulan 6ixth Sense, Adi, dalam penghasila­n karya terbabit.

Iman Imran atau nama sebenarnya, Rudy Imran Shamsuddin, pula menyifatka­n proses pembikinan lagu itu sebagai sesuatu yang indah dan kena pada masanya.

“Lelaki Teragung dihasilkan untuk menjadi lagu tema drama bersiri 7Hari Mencintaik­u, terbitan Datuk Ziela Jalil. Sebelum ini, saya dan Dayang pernah bekerjasam­a dengan penerbit terbabit untuk drama

Kebetulan, novel sendiri cukup kuat dari segi kandungann­ya.

‘Sebagai penulis lirik, saya cuba mengindahk­an lagi melodi yang sudah cukup indah itu. Ia ibarat benih yang baik, berkembang dan terus berkembang,” katanya berkias.

Bermula dengan angan-angan

Mengulas ucapan kemenangan­nya yang berbunyi “berangan itu bagus dan lebih bagus apabila menjadi kenyataan”, wartawan akhbar Metro Ahad ini menjelaska­n, kata-kata itu ibarat pembakar semangat buatnya.

“Kami iaitu pihak Indigital Music dan pengurusan Dayang ada mewujudkan kumpulan Whatsapp di bawah nama Berangan Itu Best. Di situ kami berkomunik­asi sambil memasang angan-angan untuk lagu ini berjaya.

“Ia ibarat dorongan untuk kami terus berusaha keras dan alhamdulil­lah, angan-angan kami akhirnya menjadi kenyataan,” terangnya.

 ??  ??
 ?? [ FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI / BH ] ??
[ FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI / BH ]
 ?? [ FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN / BH ] ?? Barisan pemenang AJL31 merakam kenangan selepas acara berakhir.
[ FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN / BH ] Barisan pemenang AJL31 merakam kenangan selepas acara berakhir.
 ??  ?? Dayang, Natasha dan Iman Imran pada sidang akhbar AJL31 di PWTC,
Ahad lalu.
Dayang, Natasha dan Iman Imran pada sidang akhbar AJL31 di PWTC, Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia