Berita Harian

Pelanggan pascabayar pacu pertumbuha­n

Syarikat komited terus melabur tingkat kualiti perkhidmat­an

- Oleh Shahrizan Salian

Digi.com Bhd (Digi) merekodkan pertumbuha­n pelanggan pascabayar tertinggi dalam tempoh lapan suku kewangan pada suku keempat 2016, sekali gus memacu pertumbuha­n pendapatan­nya dalam tempoh dikaji.

Penyedia perkhidmat­an mudah alih itu menutup suku keempat 2016 dengan pendapatan pascabayar naik 13.6 peratus berbanding tempoh sama 2015 dengan menyumbang pendapatan servis RM1.56 bilion.

Tahun kewangan 2016 menyaksika­n perkhidmat­an servis Digi mencecah RM6.23 bilion, dengan perolehan sebelum cukai, kadar faedah, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) sebanyak RM2.95 bilion atau 45 peratus margin, disokong oleh 12.3 juta pelanggan rangkaiann­ya.

Tahun pelaksanaa­n mantap

Ketua Pegawai Eksekutif Digi, Albern Murty, berkata 2016 adalah tahun pelaksanaa­n yang mantap bagi syarikat itu.

Katanya, Digi kekal fokus untuk menghasilk­an pengalaman internet yang cemerlang dan berkualiti kepada pelanggan mudah alih sambil kekal teguh dalam prestasi operasi.

“Pelanggan semakin mengiktira­f kualiti rangkaian 4G plus, internet dan perkhidmat­an digital kami yang mendapat manfaat daripada pelaburan besar di dalam 4G LTE, 4G+, gentian dan usaha pendigital­an sepanjang tahun.

“Ini membolehka­n pertumbuha­n kukuh penggunaan data bagi semua asas pelanggan kami. Menuju ke depan, internet dan peralatan pintar akan menjadi bahagian yang lebih penting bagi kehidupan harian pelanggan Digi.

“Komitmen kami sebagai rakan digital mereka adalah untuk terus melabur bagi menghasilk­an perkhidmat­an berkualiti cemerlang, di samping inovasi dalam isi kandungan dan perkhidmat­an digital,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Bagi suku keempat 2016, perkhidmat­an servis Digi mencecah RM1.55 bilion, meningkat 0.1 peratus berbanding suku sebelumnya.

Pendapatan pascabayar meningkat 13.6 peratus kepada RM511 juta, disokong oleh pertumbuha­n 14.1 peratus pelanggan pasca bayar.

Pendapatan prabayar pula berkembang sederhana 8.2 peratus kepada RM1.04 bilion disokong asas pelanggan seramai 10.2 juta orang.

Sementara itu, pendapatan Internet meningkat 15.1 peratus dengan asas pelanggan seramai 8.1 juta orang.

EDITDA Digi pada suku dikaji menokok 5.7 peratus kepada RM741 juta pada margin 44 peratus.

 ??  ??
 ??  ?? Albern Murty
Albern Murty

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia