Berita Harian

KL, Perak calonkan Khairy

-

Kuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) mengesahka­n mencalonka­n Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk bertanding jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Kongres Ke-53 badan induk itu 25 Mac ini.

EXCO KLFA, Datuk Mohd Hisamudin Yahaya, berkata pihaknya percaya Khairy mampu membawa sinar baharu buat FAM dan bola sepak negara.

“Saya boleh mengesahka­n yang kami mencalonka­n Khairy untuk calon jawatan Presiden FAM. Malah, borang pencalonan pun sudah diterima FAM.

“Kita percaya apabila beliau menjalanka­n tugas sebagai Menteri Belia dan Sukan, beliau pasti lebih tahu untuk menguruska­n persatuan.

“Berdasarka­n pengalaman sebagai Timbalan Presiden FAM, kita percaya beliau tahu selok belok pengurusan dan hala tuju badan induk itu,” katanya semalam.

Enggan dedah identiti

Di Ipoh, Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) turut mencalonka­n Khairy untuk bertanding jawatan Preisden FAM.

Menurut sumber, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat yang diadakan oleh PAFA barubaru ini dengan majoriti memutuskan mencalonka­n Khairy.

Sementara itu, Presiden PAFA, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan ketika dihubungi enggan mendedahka­n identiti calon.

Difahamkan, Khairy mendapatka­n pencalonan paling tinggi jawatan kerusi panas itu menjelang tarikh tutup pencalonan jam 5 petang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia