Berita Harian

Bekas Presiden Gambia curi RM50J wang negara

-

Nama sebenar:

Yahya Abdul-aziz Jemus

Junkung Jammeh

Usia: 51 tahun

Tempat lahir: Kanilai, Gambia

Ahlipoliti­k dan bekas pegawai tentera.

Menjadi Presiden

Gambia kedua dari 1994 hingga 2017, ketika rampasan kuasa. Banjul: Bekas Presiden Gambia, Yahya Jammeh dipercayai ‘melesapkan’ jutaan ringgit wang milik negaranya ketika melarikan diri.

Pembantu Presiden baharu Gambia, Adama Barrow, Mai Fatty berkata tabung dana negara kini kosong, sebaik saja pihaknya tiba di negara itu bagi menguruska­n ketibaan Barrow.

Sabtu lalu, Jammeh meninggalk­an Gambia, sekali gus mengakhiri 22 tahun pemerintah­an kuku besinya menuju ke Equatorial Guinea. Beliau dan keluargany­a dijangka menetap di negara itu.

Sementara itu, ketibaan pasukan tentera Afrika Barat di Gambia, kelmarin disambut dengan kegembiraa­n penduduk negara itu. Ia bagi membolehka­n Barrow yang ketika ini tinggal di Senegal, mengambil alih kuasa.

Namun, pentadbira­n baharu pimpinan Barrow mendapati kirakira AS$11 juta (RM48.9 juta) hilang daripada tabung simpanan negara.

“Tabung simpanan negara boleh dikatakan ‘sudah kosong’. Sejak dua minggu lalu lebih AS$11 juta (RM48.9 juta) sudah dikeluarka­n.

“Kerajaan Gambia dijangka berdepan masalah kewangan apabila kami mengambil alih pentadbira­n,” kata Fatty kepada pemberita di Dakar, Senegal.

Tinggalkan secara senyap

Jammeh pada mulanya enggan meletak jawatan selepas tewas dalam pilihan raya presiden pada 1 Disember lalu.

Bagaimanap­un, beliau dan keluargany­a meninggalk­an Gambia secara senyap kelmarin menaiki sebuah pesawat khas.

Fatty berkata, Barrow tidak sabar untuk kembali seberapa segera, namun memberi amaran, keadaan keselamata­n di Gambia masih rapuh.

Pentadbira­n baharu mahu tentera Komuniti Ekonomi Negara Afrika Barat (ECOWAS) kekal di negara itu, kata Fatty menambah, Barrow menunggu jaminan taat setia daripada pasukan keselamata­n, termasuk polis dan tentera.

Pegawai atasan ECOWAS, Marcel Alain de Souza berkata, negara itu ‘tidak boleh dibiarkan terbuka’ terlalu lama dan Barrow perlu mentadbir secepat mungkin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia