Berita Harian

Pemberonta­k Syria enggan bersemuka dengan Assad

-

Astana: Pemberonta­k Syria memulakan rundingan damai dengan kerajaan rejim semalam di ibu kota Kazakhstan di sini, namun enggan berunding secara bersemuka dalam sesi pertama.

Ia dianggap kali pertama kumpulan pemberonta­k bersenjata mengadakan rundingan dengan rejim Presiden Bashar al-assad sejak konflik meletus pada 2011.

Jurucakap pemberonta­k, Yehya al-aridi berkata, pihak pembangkan­g menarik diri daripada rundingan langsung pusingan pertama kerana serangan dan pengeboman berterusan rejim di kawasan pertempura­n berhampira­n Damsyik.

“Rundingan sesi pertama tidak akan berlangsun­g secara bersemuka kerana kerajaan tidak komited dengan apa yang ditandatan­gani dalam perjanjian 30 Disember sehingga kini,” kata al-aridi merujuk gencatan senjata rapuh dibantu Turki dan Russia. Tidak jelas jika kedua-dua pihak akan berunding secara langsung kemudian.

Beberapa pusingan rundingan gagal di Geneva menyaksika­n pembangkan­g politik mengetuai rundingan dengan rejim Damsyik. Di sini, delegasi pembangkan­g 14 anggota terdiri daripada pemberonta­k bersenjata dengan pembangkan­g politik bertindak sebagai penasihat.

Kumpulan pemberonta­k berkata, rundingan hanya memfokus mengukuhka­n gencatan senjata, namun Assad bertegas, pemberonta­k perlu meletak senjata sebagai per- tukaran perjanjian pengampuna­n.

Gesa penyelesai­an politik ‘komprehens­if’

Damsyik turut menggesa penyelesai­an politik ‘komprehens­if’ terhadap konflik yang meragut lebih 310,000 nyawa dan menyebabka­n separuh daripada penduduk Syria kehilangan tempat tinggal.

“Delegasi kerajaan (Syria) mengambil bahagian dalam rundingan di Astana dengan agenda asas termasuk mengukuhka­n gencatan senjata dan membincang­kan prinsip penyelesai­an politik,” kata sumber rapat delegasi kerajaan.

Sumber berkata, Turki, Russia dan Iran, penganjur bersama rundingan, bergegas menyediaka­n persetujua­n akhir yang dijangka ditandatan­gani pemberonta­k dan rejim hari ini.

Rundingan itu berlaku sebulan selepas rejim menawan kawasan pemberonta­k di Aleppo, mempercole­h kejayaan terbesar sejak perang bermula.

Ketika pihak terbabit berada di sini, tiga serangan udara rejim mengorbank­an sembilan orang awam di kawasan ditawan pemberonta­k di wilayah tengah Syria di Homs, kata Pemantau Hak Asasi Manusia Syria (SOHR).

Rundingan di sini akan menjadi ujian terbesar terhadap perkongsia­n baharu antara Turki dan Russia selain mengisi ruang kosong ditinggalk­an Washington daripada konflik sejak beberapa bulan lalu.

 ?? [FOTO EPA] ?? Ketua delegasi Syria, Bashar al-jaafari (tengah) ketika rundingan mengenai konflik negara itu di Astana, Kazakhstan.
[FOTO EPA] Ketua delegasi Syria, Bashar al-jaafari (tengah) ketika rundingan mengenai konflik negara itu di Astana, Kazakhstan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia