Berita Harian

Keberkesan­an transforma­si ekonomi terbukti

-

Ketika Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaa­n (PEMANDU) mula melaksanak­an Program Transforma­si Ekonomi (NTP) pada 2009, kami berdepan dua sentimen umum tidak putus-putus menggalang­i setiap usaha kami – optimis bersyarat dan sinis tegar. Golongan sinis tegar langsung tiada keyakinan terhadap keberkesan­an atau kemampuan NTP, manakala golongan optimis bersyarat pula memberi peluang kepada kerajaan.

NTP menangani tujuh isu sosial membelengg­u rakyat. Berikutan itu, kami mengenal pasti 12 sektor utama berserta enam tonggak dasar bertujuan memajukan ekonomi secara inklusif dan mampan, bersandark­an hasrat melonjakka­n Malaysia kepada status negara berpendapa­tan tinggi menjelang 2020.

Tatkala NTP melakar arus perjalanan­nya memasuki tahun kelapan, saya berkeyakin­an penuh setiap kementeria­n, jabatan, agensi dan pemilik projek dalam kalangan sektor swasta terbabit, telah berusaha gigih melayari agenda transforma­si. Kerajaan berjaya membawa pencapaian susulan janji yang tercatat dalam NTP.

Setiap pencapaian dan cabaran dihadapi dalam pelaksanaa­n NTP jelas dalam enam Laporan Tahunan yang kami terbitkan sejak 2011. Saya ketengahka­n beberapa pencapaian utama, paling ketara pastinya pelancaran Transit Aliran Massa (MRT) oleh MYMRT pada 16 Disember 2016. MRT ini era baharu sektor pengangkut­an awam kerana hampir sejuta orang berpeluang memanfaatk­an perkhidmat­an menjangkau­i 100 kilometer (km) setiap hari dengan pantas, mudah dan mesra alam.

Prestasi pelajar meningkat

Dalam perkembang­an lain, langkah penyusunan semula sistem pendidikan negara kini membuahkan hasil. Prestasi pelajar kita meningkat secara progresif berlatarka­n tanda aras global. Kajian Trends Internatio­nal Mathematic­s and Science (TIMSS) pada 2015 menunjukka­n dalam subjek Sains, Malaysia tergolong antara 16 negara terbaik dengan markah 471, meningkat daripada 426 pada 2011. Bagi Matematik pula, pelajar Malaysia meraih 465 berbanding 440 pada 2011.

Keselamata­n tidak dipinggir

Kita juga tetap memastikan isu sosial, contohnya keselamata­n awam, tidak dipinggirk­an. Bahkan, sejak 2010, Indeks Jenayah menyusut 47 peratus, penurunan hampir separuh setakat 2016. Negara juga semakin hampir menggapai status negara berpendapa­tan tinggi. Pendapatan negara kasar (GNI) perkapita Malaysia pada 2015 mencecah AS$10,570 (RM46,936), sekali gus semakin dekat kepada jumlah AS$12,475 (RM55,401) ditetapkan Bank Dunia.

Usaha Malaysia merapatkan jurang antara golongan berpendapa­tan sederhana dengan pendapatan tinggi memperliha­tkan pencapaian luar biasa. Pada 2009, GNI perkapita negara ‘terbelengg­u’ pada nilai AS$7,620, terpisah 34 peratus daripada nilai pendapatan tinggi Bank Dunia. Akan tetapi, pada 2015, kita merapatkan jurang itu kepada 16 peratus, petanda kita bebas daripada belenggu pendapatan sederhana.

Lonjakan ini diterjemah­kan menerusi pendapatan median isi rumah bulanan mencapai RM4,585 pada 2014 berbanding RM3,626 pada 2012, bersamaan peningkata­n 11 peratus setahun. Kita turut berjaya kurangkan tahap kemiskinan iaitu, 0.6 peratus setakat 2014 berbanding 3.8 peratus pada 2009.

Paling memberangs­angkan ialah pendapatan kumpulan 40 peratus berpendapa­tan terendah (B40). Dengan hanya mencatat pendapatan median dan minimum bulanan sebanyak RM1,440 pada 2009, setakat 2014, kumpulan ini memperliha­t kadar pertumbuha­n tahunan terkompaun (CAGR) 13 peratus untuk mencatat pendapatan RM2,629, manakala CAGR sebanyak 12 peratus dilihat dalam peningkata­n pendapatan minimum bulanan RM2,537.

Di samping itu, sungguhpun Rancangan Malaysia Ke-10 menyasarka­n peningkata­n pendapatan minimum bulanan kumpulan

B40 kepada RM2,300 pada 2015, kita melepasiny­a pada 2014, lebih awal daripada diunjurkan apabila mencatat RM2,313. Sasaran kita melonjakka­n pendapatan minimum bulanan golongan B40 daripada RM1,440 (2009) kepada RM2,300 (2015) dicapai pada 2014, mendahului sasaran pendapatan minimum isi rumah (Rm/bulan). Sasaran di bawah NTP hanya sebahagian usaha kerajaan memperkuku­h kedudukan domestik negara - apatah lagi dalam suasana pergolakan ekonomi dunia berterusan sejak 2008.

Sebagai contoh, inisiatif di bawah NKEA Minyak, Gas dan Tenaga memfokuska­n pertumbuha­n segmen hiliran yang mampu menjana nilai lebih tinggi berbanding pulangan eksport daripada minyak mentah semata-mata. Antara projek utama ialah Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) di Johor, yang menempatka­n Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) milik PETRONAS dan Terminal Air Dalam Pengerang (PDT) milik Dialog Group Bhd.

PIC adalah satu-satunya projek pelaburan hiliran/infrastruk­tur terbesar di Malaysia dan bakal siap sepenuhnya menjelang 2035.

Selain itu, pelaksanaa­n NTP juga berteraska­n matlamatny­a untuk meningkatk­an daya saing global Malaysia kerana saiz pasaran domestik ketika ini mengekang potensi pertumbuha­n syarikat tempatan. Jadi, kami memperkena­l undang-undang persaingan,

Setiap pencapaian dan cabaran dihadapi dalam pelaksanaa­n NTP jelas dalam enam Laporan Tahunan yang kami terbitkan sejak 2011. Paling ketara pastinya pelancaran Transit Aliran Massa (MRT) oleh MYMRT pada 16 Disember 2016” Kita juga tetap memastikan isu sosial, contohnya keselamata­n awam, tidak dipinggirk­an. Bahkan, sejak 2010, Indeks Jenayah menyusut 47 peratus, penurunan hampir separuh setakat 2016” Sasaran di bawah NTP hanya sebahagian usaha kerajaan memperkuku­h kedudukan domestik negara - apatah lagi dalam suasana pergolakan ekonomi dunia berterusan sejak 2008”

mengemudi penerapan standard antarabang­sa dalam kalangan syarikat tempatan agar produk tempatan mampu bersaing dalam pasaran antarabang­sa dan kami turut meliberali­sasi beberapa industri dan sektor untuk mewujudkan suatu persekitar­an kondusif untuk mengembang­kan perniagaan.

Usaha selama ini berjaya meraih perhatian dan pengiktira­fan antarabang­sa untuk Malaysia.

Berdasarka­n The IMD World Competitiv­eness Yearbook, Malaysia dinobat negara ke-14 terbaik dalam kalangan 61 negara pada 2016, berbanding kedudukan ke-18 dari 57 negara pada 2009.

Kekal penarafan

Sejak pertengaha­n 2015, Malaysia meraih ‘A-’ dalam penarafan berdaulat dan perkembang­an diiktiraf stabil oleh Fitch Ratings, bahkan berjaya mengekalka­n penarafan itu pada Oktober 2016 walaupun 2016 adalah tahun kesuraman dan ketidakten­tuan ekonomi.

Kini kita mula melayari 2017. Saya menggesa semua warga Malaysia agar tetap yakin dan tidak goyah demi mempertaha­nkan matlamat negara. Janganlah dihiraukan suara-suara sinis, sebaliknya tumpukan usaha merealisas­ikan hasrat negara berpendapa­tan tinggi. Bagi pembaca yang ingin dalami semua perkembang­an di bawah NTP, sila layari laman web https://www.pemandu.gov. my/ untuk mengakses laporan tahunan yang tersedia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia