Berita Harian

DCA ketuai pasukan bertindak urus hal ehwal MH370

-

Kuala Lumpur: Jabatan Penerbanga­n Awam (DCA) akan mengetuai pasukan bertindak yang diwujudkan menguruska­n segala hal ehwal berkaitan pesawat MH370 selepas misi pencarian digantung.

Menteri Pengangkut­an, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pasukan itu akan mengendali­kan maklumat dan serpihan yang mungkin ditemui pada masa depan menerusi komitmen berterusan kerajaan Australia, China dan Malaysia.

Cari bukti kukuh

“Kami tetap berharap segala yang diusahakan ini membawa kepada bukti yang kukuh bagi membolehka­n kita mendapat jawapan dalam usaha mencari pesawat itu.

“Amat penting untuk menyatakan segala keputusan membabitka­n MH370 yang telah dan akan dilakukan, akan digerakkan menerusi semangat kerjasama tiga pihak,” katanya dalam satu kenyataan dari Perth, Australia, semalam.

Tiong Lai berada di sana bagi menyertai Menteri Infrastruk­tur dan Pengangkut­an Australia, Darren Chester dan Ketua Pengarah Pusat Koordinasi Penyelamat Maritim China, Zhi Guanglu, menyambut kepulangan kapal Fugro Equator di Kompleks Marin Australia, Port Henderson.

Gantung misi pencarian

Pada 17 Januari lalu, Malaysia, Australia dan China mengumumka­n misi pencarian pesawat MH370 di dasar laut digantung selepas operasi pencarian terakhir di selatan Lautan Hindi seluas 120,000 kilometer persegi tidak menemui sebarang maklumat terbaru.

Menurut satu kenyataan bersama antara Malaysia, China dan Australia, pesawat itu masih tidak dapat ditemui walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk mengesan kedudukann­ya selepas misi pencarian dilakukan selama 34 bulan.

Tiong Lai berkata, Malaysia amat menghargai sokongan dan kerjasama diberikan Kerajaan Australia dan China yang memainkan peranan penting dalam saat yang begitu mencabar untuk negara.

 ?? [IHSAN KEMENTERIA­N PENGANGKUT­AN MALAYSIA] ?? Tiong Lai ketika meninjau peralatan kapal pencarian milik Belanda, Fugro Equator di Kompleks Marin Australia, Port Henderson.
[IHSAN KEMENTERIA­N PENGANGKUT­AN MALAYSIA] Tiong Lai ketika meninjau peralatan kapal pencarian milik Belanda, Fugro Equator di Kompleks Marin Australia, Port Henderson.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia