Bersih wajah sebelum tidur
Bagi kebanyakan wanita, solekan adalah rutin wajib yang dilakukan setiap hari. Namun, tidak semuanya memiliki disiplin untuk memastikan semua solekan itu dibersihkan sempurna.
Kadang-kala mekap tidak dibersihkan dan terus tidur hingga keesokan pagi. Tabiat itu patut dikikis, kerana tidur dalam keadaan begitu memburukkan keadaan dan boleh merosakkan kulit.
Ia mudah ditumbuhi jerawat dan mengundang cela lain.
Sedarkah kita, semuanya berpunca daripada diri sendiri? Antaranya kerana sikap sambil lewa menjaga kecantikan.
Meskipun menganggap rutin membersihkan wajah tidak memberi kesan, tabiat ‘malas’ itu membuatkan kerosakan kulit yang kekal dan tidak mungkin dapat dipulihkan.
Memudaratkan kulit
Pakar Pembedahan Wajah dan Penjagaan Wajah, Pakar Pembedahan Plastik Moratta, Dr James C Morotta, menegaskan tidur tanpa membersihkan mekap boleh memudaratkan kulit.
“Ini boleh menjejaskan kulit andai tabiat sambil lewa membiarkan wajah masih bersisa solekan kerana malam adalah waktu pembaikan kulit.
“Ini kerana solekan akan membuatkan liang pori wajah tersumbat sekali gus menghalang kulit daripada bernafas. Selain itu, wajah yang tidak bersih menyebabkan ton kulit tidak sekata, kekeringan, kemerahan, jerawat dan menonjolkan garis kedutan,” katanya.
Marotta berkata, lebih serius lagi, sikap malas itu memberi padah kerana tabiat itu meningkatkan risiko radikal bebas berikutan
Mudah dijangkiti kuman
Misalnya apa pula akan terjadi jika maskara tidak dicuci kerana hanya membabitkan bahagian mata yang tidak mempunyai pori seperti bahagian pipi.
“Ada yang berdegil memakai maskara kerana menganggap ia tidak memudaratkan, tetapi sebenarnya sisa maskara itulah membuatkan folikel kecil pada bulu mata tersumbat, mengakibatkan rengsa atau radang mata.
“Ini juga mengakibatkan jangkitan kuman atau ketumbuhan,” katanya.
Morotta mencadangkan, kapas pembersih muka seeloknya diletakkan di sebelah katil untuk memudahkan muka dibersihkan berbanding terus tidur tanpa berbuat apa-apa.
“Ini jauh lebih baik daripada tidur dengan solekan, sekurang-kurangnya kapas boleh membersihkan sisa mekap, meskipun tidak sebaik menggunakan pembersih wajah
“Walaupun diakui kapas tidak boleh membersihkan sedalamdalam ke dalam pori muka, tetapi ia memberikan sisa solekan yang melekap pada wajah sepanjang hari,” katanya.
Punca jeragat
Menurut jurusolek New York City, Emily Kate Warren, sesetengah orang menyedari ada jangkitan pada mata yang menyebabkan sukar membuka kelopak mata.
“Tahi mata adalah sesuatu yang normal, namun jika terlalu berlebihan boleh mengganggu penampilan. Sebenarnya, masalah kerana sisa mekap membuatkan terjadinya jangkitan.
“Ia boleh menyumbat liang folikel dan menjadi punca jeragat yang wajah berikutan mekap yang tidakdibersihkan,” katanya.