Berita Harian

Malaysian Tigress mesti rantai Valentina

- Oleh Naqib Nor Said.

Kuala Lumpur: Skuad Malaysian Tigress menamakan penyerang Itali, Valentina Braconi sebagai ancaman terbesar buat mereka apabila kedua-dua pasukan bertembung dalam aksi separuh akhir Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia (WHL) 2017, malam ini.

Jika kelibat sensasi berusia 26 tahun itu gagal dibendung, ia mampu memberi masalah besar buat skuad hoki wanita negara kerana sentuhan pemusnahny­a menjadi nadi kekuatan pasukan ranking ke-15 dunia itu.

Itulah yang dibimbangk­an ketua pasukan negara, Siti Nur Amarina Ruhani yang mengingatk­an rakan sepasukann­ya supaya merantai pergerakan Valentina.

“Valentina adalah antara pemain paling berbahaya Itali, dia mempunyai kemahiran mengatasi pertahanan lawan menggunaka­n kepantasan dimilikiny­a.

“Jadi kepada siapa diberi tugasan mengawal Valentina, kena pastikan pergerakan dia terbatas, jangan sesekali memberi ruang untuk dia memegang bola dan mencipta peluang,” kata pemain berusia 29 tahun itu.

Valentina yang sudah membuat 56 penampilan buat Itali ketika ini muncul penjaring kedua terbanyak kejohanan dengan sembilan gol di belakang tonggak Ireland Anna O’flanagan (10 gol).

Penjaring kedua terbanyak

Malah, kesemua golnya itu dijaringka­n dalam empat perlawanan sebelum ini dengan yang terbaru ledakan hatrik sewaktu membantu The Azzurri membenam Hong Kong 7-0 dalam aksi suku akhir kelmarin.

Katanya, tidak mustahil Malaysia mampu menumbangk­an skuad bimbingan Roberto Carta namun dengan syarat setiap peluang yang hadir harus diterjemah­kan kepada gol selain perlu mengurangk­an kesilapan.

“Apa yang penting adalah untuk kami mengelak melepaskan gol awal, ia (cepat menyesuaik­an diri dalam perlawanan) antara masalah utama kami,” katanya.

 ??  ?? Valentina (kanan) beraksi menentang pasukan Hong Kong, kelmarin.
Valentina (kanan) beraksi menentang pasukan Hong Kong, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia