Berita Harian

Adakah City turut ‘jadi lauk’ Spurs?

-

Seperti dijangka minggu lalu pertempura­n antara dua musuh tradisi Liga Perdana Inggeris (EPL) - Manchester United dan Liverpool di Old Trafford mendapat perhatian. Ia jelas satu perlawanan sengit, namun berakhir dengan 1-1.

Ramai menganggap ia keputusan adil. Namun ada juga tidak puas hati terutama penyokong tegar The Reds.

Begitu juga peminat setia

Red Devils. Masing-masing mendakwa kemenangan harus berpihak kepada mereka dengan menyatakan pelbagai alasan.

Namun di sebalik aksi hebat dua kelab gergasi itu, keputusan perlawanan antara jiran United iaitu Manchester

City dengan pesaing Liverpool di Merseyside iaitu Everton berjaya mencuri perhatian.

Ini kerana perlawanan di Goodison Park itu menyaksika­n skuad Pep Guardiola tanpa dijangka ‘menjadi lauk’ kepada anak buah Ronald Koeman, apabila tewas 4-0. Keputusan itu menyaksika­n Guardiola mengibarka­n bendera putih dalam buruan mendapatka­n trofi kejuaraan EPL musim ini.

Dalam pada itu, selepas berakhirny­a perlawanan minggu ke-21 itu, Chelsea pimpinan Antonio Conte terus unggul di persada liga dengan himpunan 52 mata, diikuti oleh Tottenham Hotspur di tempat kedua dengan hanya ketinggala­n tujuh mata.

Tempat ketiga pula dihuni oleh Liverpool, juga dengan 45 mata, sama seperti Spurs. Dua pasukan ini hanya dibezakan dengan jumlah jaringan. Arsenal pula di tangga keempat dengan 44 mata, diikuti Manchester City (42 mata) dan United (40 mata).

Bagaimana pula minggu ini? Sebanyak 10 lagi perlawanan bakal berlangsun­g dengan aksi City pimpinan Guardiola menentang Spurs kendalian Mauricio Pochettino di Etihad pada tengah malam ini sebagai perlawanan tumpuan.

Rekod Spurs lebih baik

Dengan kekalahan mengejut kepada Everton minggu lalu, sasaran Guardiola kini hanya untuk muncul empat terbaik bagi layak ke saingan Liga Juara-juara. Berdepan Spurs adalah antara ingin dielak bekas pengendali Barcelona ini dalam perjalanan berkenaan.

Mungkin ramai terlupa betapa Spurs adalah pasukan yang meranapkan rekod tidak pernah kalah City dalam enam perlawanan awal pada 2 Oktober lalu. Sejak kekalahan itu, skuadnya tercicir 18 mata apabila hanya menang tujuh daripada 14 perlawanan.

Dan paling memedihkan hati pengendali berkenaan, tempat mereka di tempat kedua liga sejak awal musim ketika ini turut dirampas oleh Spurs. Adakah Guardiola sudah kehilangan sentuhan Midas ketika menjulang Barca dan Bayern Munich sebelum ini?

Sukar untuk meramalkan­nya, namun mengikut statistik yang dikeluarka­n EPL, daripada 39 pertemuan kedua-dua pasukan, jelas ia memihak kepada Spurs. Kelab itu menang sebanyak

23 kali berbanding 11 City.

Dalam lima pertemuan terakhir kedua-dua pasukan, nampaknya ia turut menyebelah­i Spurs.

Pada aksi terakhir di White Hart Lane 2 Oktober lalu, Tottenham menang 2-0. Sebelum itu, pada 14 Februari di Etihad, Spurs turut mengatasi pesaingnya itu, 2-1.

Mungkinkah City bakal ‘menjadi lauk’ lagi sebagaiman­a dilakukan Everton minggu lalu, kerana Tottenham kini berselera besar untuk menang lagi agar terus kekal merapati Chelsea di puncak EPL.

Sementara itu, Liverpool yang mengatasi Plymouth pada aksi ulangan Piala FA Rabu lalu, dijangka tiada masalah besar menjinakka­n Swansea City yang berkunjung ke Anfield jam 7.30 malam ini waktu Malaysia.

Begitu juga Chelsea yang menerima kedatangan Hull City di Stamford Bridge dan Arsenal yang melayan kehadiran Burnley di Emirates malam esok. Dua kelab ini harus mengutip mata penuh tatkala United berdepan cabaran Stoke City di laman lawannya itu malam ini. Selamat menonton.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia