Berita Harian

Misi bantuan untuk pelarian diteruskan

-

Kumpulan recce Food Flotilla For Myanmar yang kini berada di Cox’s Bazar menerima kerjasama baik pihak berkuasa di Bangladesh bagi melancarka­n perjalanan misi flotila, awal bulan depan.

Ini termasuk Pejabat Pesuruhjay­a Daerah Cox’s Bazar yang sedang menunggu ‘lampu hijau’ daripada Kerajaan Pusat berhubung misi flotila bagi menghantar bantuan kemanusiaa­n kepada pelarian Rohingya.

Pesuruhjay­a Daerah, Md Ali Hossain, berkata pihaknya tiada masalah untuk membantu tetapi masih menunggu arahan daripada Dhaka.

“Kita sentiasa mengalu-alukan bantuan kemanusiaa­n kepada golongan memerlukan, malah Bangladesh juga membantu kelompok ini (pelarian Rohingya).

“Bagaimanap­un, sebarang bantuan asing perlu melalui proses ditetapkan. Ia tidak boleh disampaika­n secara terus tanpa melalui saluran kerajaan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Tiba sejak Isnin

Kumpulan recce flotila diketuai Timbalan Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Farid Hassan tiba di Bangladesh sejak Isnin lalu bagi memastikan kelancaran persiapan logistik dan urusan berkaitan.

Kumpulan recce turut disertai wakil Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Turkiye Diyanet Vakfi (TDV) selaku penganjur flotila.

Flotila kemanusiaa­n yang membawa 1,000 tan makanan dan ubatubatan kepada pelarian Rohingya yang terjejas di utara wilayah Rakhine di Myanmar bersempada­n dengan Bangladesh.

Flotila yang diterajui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia dengan sokongan NGO ASEAN dan NGO antarabang­sa itu membabitka­n lebih 200 aktivis, sukarelawa­n, ahli Parlimen, tokoh agama dan profesiona­l.

Kumpulan recce di Bangladesh sebelum itu turut menemui Menteri Dalam Negeri Bangladesh, Asaduzzama­n Khan yang menyatakan sokongan kepada usaha NGO Malaysia itu.

“Ini masa sesuai untuk mendesak Myanmar menyelesai­kan masalah ini,” katanya merujuk kepada konflik di wilayah Rakhine.

Operasi tentera yang dikaitkan dengan pencabulan hak asasi manusia yang mana adanya dakwaan pembunuhan, rogol dan pembakaran rumah etnik Rohingya dilakukan susulan serangan militan ke atas tiga pos sempadan Myanmar yang menyebabka­n sembilan anggota polis terbunuh.

Etnik Rohingya tidak diiktiraf sebagai warganegar­a di Myanmar walaupun kelompok itu dikatakan mendiami Arakan (Rakhine) sejak berkurun lamanya menyebabka­n mereka ditindas di negara itu.

Konflik berpanjang­an

Konflik berpanjang­an itu bukan hanya menjejaska­n Bangladesh tetapi negara jiran serantau termasuk di Malaysia yang kini menjadi tempat berlindung 56,000 Rohingya yang berdaftar sebagai pelarian dengan Suruhanjay­a Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) Malaysia.

Asaduzzama­n berkata, Bangladesh tidak boleh membuka sempadanny­a untuk mengelakka­n berlaku kebanjiran pelarian Rohingya dari Myanmar.

 ?? [FOTO SYED AZWAN SYED ALI/BH] ?? Kumpulan recce Food Flotilla for Myanmar turut menghantar bungkusan makanan untuk 100 pelarian Rohingya yang baru tiba di Kem Kutupalong melalui NGO tempatan, Fayazee Welfare Foundation, semalam.
[FOTO SYED AZWAN SYED ALI/BH] Kumpulan recce Food Flotilla for Myanmar turut menghantar bungkusan makanan untuk 100 pelarian Rohingya yang baru tiba di Kem Kutupalong melalui NGO tempatan, Fayazee Welfare Foundation, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia