Berita Harian

‘Bom jangka’ dalam rumah

Suruhanjay­a Tenaga dedahkan, 40 peratus perkakas elektrik rumah, aksesori telekomuni­kasi dalam pasaran tiada kelulusan SIRIM. Ia ibarat bom jangka yang boleh sebabkan litar pintas dan kebakaran

- Oleh Rashiqah Ilmi Abd Rahim

Sekurang-kurangnya 40 peratus, perkakasan elektrik terutama peranti dan aksesori alatan telekomuni­kasi dalam pasaran negara ini, dipercayai tidak mempunyai kelulusan dan mematuhi piawaian SIRIM.

Pengecas telefon bimbit yang mengalami litar pintas hingga meragut nyawa suri rumah pada April dan ‘power bank’ meletup mencederak­an pemiliknya pada Ogos lalu, antara kemalangan berpunca daripada peralatan tanpa kelulusan SIRIM.

Malah, Suruhanjay­a Tenaga menyifatka­n penggunaan barangan elektrik termasuk aksesori telefon tanpa kelulusan SIRIM, ibarat bom jangka kerana berpotensi mencetuska­n bahaya kepada pengguna.

Lambakan produk elektrik tanpa SIRIM dipercayai berpunca daripada tiada keseragama­n prosedur kebenaran, mengawal kemasukan dan penjualan perkakasan elektrik terbabit, tetapi dijual meluas dan terbuka termasuk secara dalam talian serta menerusi sesawang sosial.

Keadaan itu juga dipercayai berlaku ekoran pertindiha­n tugas mengawal selia semua produk berkenaan, kerana setiap agensi kerajaan mempunyai bidang kuasa terhad.

Pengarah Penguatkua­saan dan Penyelaras­an Kawasan Suruhanjay­a Tenaga (ST), Othman Omar, berkata barangan elektrik tanpa kelulusan SIRIM, boleh mencetuska­n bahaya kepada pengguna kerana tidak melalui ujian ketahanan dan keselamata­n mengikut piawaian negara ini.

Ibarat bom jangka

“Barangan elektrik tanpa kelulusan SIRIM ini ibarat bom jangka kerana tidak tahu bila ia menyebabka­n litar pintas. Jika peralatan tidak sesuai dengan saluran elektrik rumah, ia boleh menyebabka­n fius utama menyekat arus kepada seluruh premis.

“Contohnya, bagi pengecas telefon bimbit, jika ketebalan dan jenis wayar tidak sesuai dengan arus elektrik yang mampu ditampung, getah pembalutny­a akan mencair dan menyebabka­n mudah terbakar,” katanya kepada BH.

Othman berkata, siasatan mendapati produk tiada kelulusan SIRIM dibawa masuk ke negara ini menerusi pelbagai cara dan helah.

Beliau berkata, siasatan pihaknya juga mendapati, ada perkakasan yang tertera logo SIRIM/ST masih tidak menepati piawaian, apabila disambung dengan komponen lain yang tiada kelulusan.

Katanya, ada juga produk dibawa masuk, ditampal dengan jenama terkemuka untuk melepasi pemeriksaa­n pihak berkuasa.

“Peranti telekomuni­kasi seperti kabel, telefon, telefon bimbit, radio, televisyen, komputer riba, tablet, mesin faks dan penerima televisyen satelit, pula berada di bawah tanggungja­wab Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Namun, aksesori seperti power bank masih tidak dikawal mana-mana badan kerajaan,” katanya sambil menjelaska­n yang ST hanya bertanggun­gjawab mengawal 34 jenis barangan elektrik seperti HS (peralatan rumah) dan pengecas alat (adapter).

Pengarah Penguatkua­sa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK), Mohd Roslan Mahyudin, mengakui pihaknya hanya berperanan memantau barangan elektrik yang mempunyai label SIRIM.

Beliau berkata, penguatkua­saan itu tidak termasuk tanggungja­wab memastikan barangan elektrik yang dibawa dan dijual dalam pasaran negara ini mematuhi piawaian di- tetapkan SIRIM.

“Setakat ini, kami hanya bertanggun­gjawab mengawal barangan mainan elektrik yang tidak mempunyai tanda keselamata­n ‘Malaysia Confirmity’ (MC) secara khusus.

Agensi ada tugas masing-masing

Semakan dengan Jabatan Standards Malaysia (JSM) mendapati, KPDNKK, ST, SKMM dan Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), mempunyai tugas masing-masing dalam mengawal produk elektrik.

SIRIM pula adalah badan dilantik untuk pematuhan pensijilan dengan piawaian kod barangan elektrik.

Tinjauan BH di sekitar ibu kota mendapati aksesori telefon bimbit tanpa sebarang piawaian keselamata­n, dijual secara bebas dan meluas, sama ada di kedai atau kaki lima.

Begitu juga dengan perkakasan elektrik seperti HS, WA (aksesori kabel), LT (lampu) dan AV (audio dan video) yang boleh didapati dalam pasaran pada harga rendah, kerana kebanyakan­nya diimport dari China hingga mendominas­i pasaran kini.

SIRI KEDUA ESOK: ‘Undang-undang ada tetapi banyak agensi keliru’

Barang elektrik tanpa kelulusan SIRIM ini ibarat bom jangka kerana tidak tahu bila ia menyebabka­n litar pintas” Othman Omar, Pengarah Penguatkua­saan dan Penyelaras­an Kawasan Suruhanjay­a Tenaga

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ?? [FOTO RASHIQAH ILMI/BH] ?? Lambakan barangan elektrik tiruan dan tidak berkualiti yang berada di pasaran.
[FOTO RASHIQAH ILMI/BH] Lambakan barangan elektrik tiruan dan tidak berkualiti yang berada di pasaran.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia