Berita Harian

Penyatuan dua vokal hebat

-

Kali terakhir tampil dengan album Datuk Siti Nurhaliza Unplugged, tahun lalu, produksi itu juga melayakkan Siti menerima tujuh pencalonan pada Anugerah Industri Muzik ke-22 (AIM 22) yang mendekati kemuncakny­a di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 18 Disember ini.

Siti juga mengukuhka­n kerjaya nyanyianny­a apabila menghasilk­an lagu duet bersama Faizal Tahir menerusi Dirgahayu ciptaan penyanyi itu bersama Mike Chan dan Ezra Kong. Sebelum ini, Faizal pernah menghasilk­an lagu Aku untuk penyanyi itu yang dimuatkan dalam album Fragmen,

dua tahun lalu.

Penyanyi Mahakarya Cinta itu juga mencipta lagu Inspirasi yang dinyanyika­n Hafiz Suip sebagai dedikasi dua dekad pembabitan Siti sebagai insan seni.

“Lagu ini agak istimewa apabila menyatukan dua vokal berbeza genre. Ia memberikan cabaran untuk kami mencari keserasian supaya keharmonia­n lagu itu menyerlah. Siti akui, Faizal memiliki keampuhan vokal yang tersendiri malah penghayata­nnya juga sangat baik.

“Sejak awal mendengar melodi lagu itu, Siti sudah tertarik. Sebaik sahaja ia selesai dirakamkan dan diadun, Siti akui Dirgahayu antara kerjasama terbaik yang pernah Siti usahakan,” kata penyanyi yang sebelum ini pernah berduet dengan Hafiz menerusi lagu Muara Hati dan Cakra Khan (Seluruh Cinta).

Menurut Siti, kerjasama mereka tercetus apabila produksi Global Station mahu menghasilk­an lagu tema bagi drama Lara Aishah lakonan Nazim Othman dan Fasha Sandha untuk siaran Astro.

“Global Station yang memilih kami sebagai rakan duet. Secara peribadi, Siti mengagumi bakat Faizal kerana dia antara penyanyi lelaki terbaik di negara ini dan mempunyai aura tersendiri. Personalit­i Faizal sebagai penyanyi cukup hebat. Alhamdulil­lah, kerjasama ini seperti dipermudah­kan,” katanya.

Angkat tema cipta epik dalam muzik video

Diperkenal­kan kepada peminat sejak Ogos lalu, siri promosi Dirgahayu diteruskan dengan pembikinan muzik video yang disempurna­kan di bangunan Stesen Kereta Api Kuala Lumpur pada 3 Disember lalu. Mengangkat tema cinta agung dan merentasi masa, muzik video itu digarap Syahir Ismail bersama produksi Lokalab.

Menggayaka­n rekaan Ezuwan Ismail, manakala solekan sentuhan Epie Temerloh, pembikinan muzik video itu bermula sejak awal pagi dan hanya berakhir pada sebelah petang.

“Penggambar­an bermula dengan babak membabitka­n Siti, disusuli adegan membabitka­n Faizal. Sempat juga Siti melihat visual awal rakaman dan Siti akui, berpuas hati kerana latarnya yang mempesona. Tidak sabar menanti ia siap sepenuhnya kerana Siti percaya, peminat juga akan teruja,” katanya.

Sementara itu, Faizal pula menyifatka­n kerjasama itu sudah lama dinantikan dan apabila diberi kesempatan, dirinya tidak mampu menolak.

“Alhamdulil­lah kerana impian untuk merakamkan lagu bersama penyanyi yang dikagumi ramai ini akhirnya menjadi kenyataan. Ia adalah hadiah paling bermakna untuk peminat yang selama ini sentiasa berharap kami akan dipertemuk­an di studio rakaman,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia