Berita Harian

SL1M bantu 97,000 graduan dapat kerja

-

Tuaran: Kerajaan optimis melaksanak­an pelbagai tindakan bagi memastikan lebih ramai graduan mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Katanya, setakat ini seramai 97,000 graduan menerima manfaat dan dibantu mendapatka­n pekerjaan menerusi program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) yang dilancarka­n pada Jun 2011 hasil kerjasama pelbagai pihak termasuk swasta.

“SL1M inisiatif kerajaan membantu meningkatk­an tahap kebolehpas­aran graduan melalui latihan dan pengalaman bekerja sebenar sepanjang menjalani latihan bersama syarikat yang mencari pekerja.

“Sepanjang latihan, graduan diberi peluang mengasah kemahiran berkomunik­asi, adaptasi persekitar­an kerja yang cukup mencabar selain belajar membentuk jati diri untuk menjadi pekerja berdisipli­n, berintegri­ti, berdaya saing dan bertanggun­gjawab melaksanak­an tugasan yang diamanahka­n," katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan perasmian Festival Kerjaya SL1M Sabah 2016 yang dibacakan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri SK Devamany, di sini hari ini.

Tingkat pelbagai kemahiran

Lebih 1,000 peluang pekerjaan dan latihan disediakan 13 syarikat di Sabah dan Semenanjun­g sepanjang festival di Pusat Latihan RELA Sabah, di sini.

Abdul Rahman berkata, usaha membantu graduan akan diteruskan termasuk meningkat dan mempelbaga­ikan kemahiran mereka agar boleh bersaing dalam pasaran kerja.

Sementara itu, katanya, walaupun statistik penganggur­an di negara ini hanya 3.5 peratus daripada 14.76 juta tenaga kerja, kerajaan tetap mengambil berat masalah itu yang menimbulka­n keresahan dalam kalangan graduan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia