Berita Harian

Biro Kebajikan UMNO tubuh tabung baiki masjid

-

Sukarelawa­n misi bantuan bencana Biro Kebajikan UMNO akan memasuki kawasan terjejas gempa Selasa ini, bagi menyalurka­n bantuan kemanusiaa­n.

Misi akan memfokuska­n penempatan sementara mangsa gempa di sekitar Ulee Glee, Trieng Gadeing, Meureudu dan pusat bandar ini yang masih berlindung di masjid, sekolah, balai raya serta bangunan kerajaan.

Ahli jawatankua­sa biro berkenaan, Datuk Hang Tuah Din, berkata selain doktor dan jururawat, pihaknya akan membawa 10 sukarelawa­n diketuai Pengerusin­ya, Datuk Shamsul Annuar Nasarah.

Katanya, barangan keperluan seperti khemah, ubat dan kelengkapa­n diri antara yang dibawa dalam skala besar, berikutan penempatan sementara masih menempatka­n ribuan mangsa.

“Khemah adalah bantuan paling sesuai supaya mereka tidak perlu tidur di khemah besar beramai-ramai,” katanya ketika menghantar bantuan awal di pusat penempatan sementara di Kampung Keude-ulim di sini, semalam yang turut dihadiri bendahari biro, Azizan Md Zain.

Selain mengagihka­n makanan ringan, Hang Tuah turut menemui ketua pejabat kesihatan kerajaan Indonesia bagi membuat penyelaras­an bantuan bencana.

Tubuh tabung kutipan

Beliau berkata, biro berkenaan juga akan menubuhkan tabung kutipan bagi memperbaik­i sebuah masjid di daerah ini, yang mengalami kerosakan teruk akibat gempa pagi Rabu lalu.

Katanya, tabung itu akan diurus tadbir UMNO Bahagian Gopeng bagi memudahkan urusan derma dari seluruh negara.

“Kita sudah mengenal pasti sebuah masjid yang akan dibaiki semula di Kampung Tu Kec Pante Raja,” katanya.

 ?? [FOTO REUTERS] ?? Kanak-kanak mangsa gempa membawa kotak bantuan perubatan di penempatan sementara di Meureudu, Pidie Jaya.
[FOTO REUTERS] Kanak-kanak mangsa gempa membawa kotak bantuan perubatan di penempatan sementara di Meureudu, Pidie Jaya.
 ??  ??
 ??  ?? Hang Tuah (kanan) bersama Azizan menyampaik­an sumbangan awal kepada mangsa gempa bumi di Pidie Jaya, Banda Aceh, semalam.
Hang Tuah (kanan) bersama Azizan menyampaik­an sumbangan awal kepada mangsa gempa bumi di Pidie Jaya, Banda Aceh, semalam.
 ??  ?? Mangsa gempa beratur untuk mendapatka­n makanan di pusat penempatan sementara di Meureudu, Pidie Jaya.
Mangsa gempa beratur untuk mendapatka­n makanan di pusat penempatan sementara di Meureudu, Pidie Jaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia