Lagu ada kaitan dengan diri
mengenai lapan lagu yang dimuatkan dalam album terbaharunya itu, Anuar yang ditemui pada majlis pelancaran konsert Yonder Music Live Series By The Lake: Anuar Zain & You di ibu kota berkata, ada di antara lagu itu mempunyai kaitan dengan dirinya.
“Persoalan mengenai cinta itu sangat umum, malah setiap orang boleh memberikan interpretasi mengikut kemahuan diri. Lagu Karena Aku Cinta umpamanya mempunyai kaitan dengan pengalaman saya. Lagu Selamat Malam pula saya tulis untuk mereka yang mengalami kesukaran melelapkan mata.
“Saya hasilkan lagu ini untuk memujuk diri supaya tidur awal kerana minda saya sentiasa bergerak pada waktu malam. Lagu Kembali dihasilkan kerana saya ingin bekerjasama dengan Najwa Mahiaddin sebagai penulis lagu dan penyanyi. Saya inginkan perasaannya dalam album ini dan memberi ruang kepadanya untuk meluahkan apa yang sesuai untuk suara saya.
“Lagu Kembali Kepadamu Ilahi berdasarkan pengalaman Allahyarham Dalilah Tamrin yang menghidap kanser payudara yang sudah meninggal empat tahun lalu. Sebenarnya, ia adalah puisi tulisan Allahyarham yang digarap sebagai lagu oleh Azalea yang pernah menulis lirik untuk dan
“Allahyarham berjumpa dengan Azalea dan meminta ia diterjemahkan dalam bentuk lagu dan mahu saya menyanyikannya,” katanya yang kali pertama mendengarkan lagu itu lalu berasa melekat di hatinya.
Gubah semula lagu Hujan
Penghasilan Hujan dianggap Anuar sebagai sangat istimewa kerana lagu itu adalah nya nyian asal Allahyarham Datuk Sudirman Arshad yang digubah semula mengikut vokalnya.
“Saya sangat kenal dengan penerbit lagu ini, Allahyarham Syed Harun Ahmad. Sebelum arwah meninggal dunia, saya sempat meminta izin untuk menyanyikan semula lagu ini dengan cara tersendiri. Sebenarnya, idea ini untuk album terdahulu tetapi tidak sempat direalisasikan.
“Saya suka cara Sudirman menyanyikan lagu ini dan cuba memahaminya. Saya gabungkan elemen sedih nyanyian Sudirman pada permulaan lagu, tetapi melontarkan emosi kemarahan seperti yang digambarkan
Syed Harun pada akhir lagu,” katanya yang mengharapkan orang boleh mengaitkan lagulagunya dengan kehidupan mereka.
Mengulas mengenai konsert solonya pada 21 Januari ini, Anuar akan menyanyikan 14 lagu popularnya termasuk beberapa lagu daripada album terbaharunya dengan diiringi 14 pemuzik di bawah bimbingan pengarah muzik, Sze Wan. Jennifer Thompson pula bertindak sebagai pengarah persembahan sepanjang konsert selama 90 minit itu.