Berita Harian

Butang baju Melayu pelengkap penampilan

-

Melayu ialah pakaian tradisiona­l dan kebangsaan lelaki Melayu dipasangka­n dengan seluar panjang dilengkapi penampilan oleh samping serta songkok. Terdapat dua jenis dikategori­kan melalui perbezaan potongan leher iaitu teluk belanga dan cekak musang.

Baju Melayu biasanya dipakai sebagai pakaian harian untuk bersembahy­ang, ke pejabat, majlis formal dan sebagai pakaian adat. Pemakaian baju Melayu juga dianggap tidak lengkap tanpa butang di bahagian leher.

Butang baju Melayu dulunya dibuat lebih ringkas bertujuan untuk memastikan potongan di bahagian leher tercantum kemas. Melalui perkembang­an fesyen serta rekaan lebih terkini, penghasila­n butang baju Melayu turut memperliha­tkan perubahan ketara.

Kini, lebih banyak pilihan butang baju Melayu di pasaran dengan pelbagai bentuk, hiasan batu, ukiran daripada yang terpisah hingga kepada yang diikat seperti rantai kecil bertujuan memastikan tidak mudah hilang.

Hasil sebanyak lima butir

Maklumlah, saiznya yang agak kecil menuntut golongan lelaki supaya peka serta berhati-hati menjaga butang baju Melayu mereka yang biasanya dihasilkan sebanyak lima butir dalam satu set sesuai dengan lubang butang pada leher baju Melayu cekak musang.

Bagaimanap­un, dengan hiasan seperti batu serta mutiara, bentuk butang baju Melayu ada yang dibuat lebih besar. Tetapi, sebagai langkah berhati-hati ada yang diikat dengan rantai supaya tidak terpisah serta dapat mengelak hilang salah satu daripada lima butir butang itu.

Bagi yang suka kelihatan bergaya akan memilih butang dengan rekaan yang dapat memberi ciri kelainan kepada baju Melayu mereka. Sebagai pelengkap, butang baju Melayu memainkan peranan serta memberi keyakinan kepada pemakai.

Rujuk kepada Rukun Islam

Ada juga pendapat mengatakan falsafah di sebalik lima butir baju Melayu itu merujuk kepada Rukun Islam. Betapa hebatnya pereka fesyen dahulu memastikan setiap elemen pada baju yang dipakai turut diselitkan maksud tersirat.

Butang baju Melayu turut dipakai dengan jubah leher cekak musang dan nampaknya butang itu sudah tidak lagi khusus untuk baju Melayu sahaja. Apa pun, pemakaian baju Melayu tidak lengkap tanpa butang dan ketiadaann­ya menjadikan penampilan kurang lengkap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia