Berita Harian

Cabaran masyarakat minoriti Islam Poland

-

Bumi Poland memiliki kurang daripada satu peratus umat Islam yang mana segala aktiviti dan tempat kemudahan beribadah serta pendidikan sangat terhad. Justeru, pastinya mereka memerlukan satu pusat komuniti sebagai lokasi untuk menjalanka­n aktiviti berkaitan Islam.

Khususnya, untuk pelarian Chechnya yang hidup dalam suasana penuh kedaifan dan merempat. Bagi memastikan mereka boleh terus menganjurk­an kelas fardu ain, maka mereka terpaksa menyewa dewan atau bilik darjah.

Tetapi, hidup sebagai gelandanga­n, bagaimana perkara itu dapat dilaksanak­an dengan mudah. Bukan itu sahaja, banyak lagi cabaran dan kesukaran hidup perlu dilalui masyarakat pelarian di Poland termasuk mendapatka­n sumber makanan halal.

Harga daging halal agak mahal, maka mereka yang berada di kem pelarian dibekalkan daging khinzir dengan alasan lebih murah. Inilah serba sedikit gambaran nasib menimpa pelarian Islam Chechnya yang berada di kem pelarian di Poland.

Terpanggil untuk membantu saudara Islam yang sedang melalui saat sukar itu, Muslim Care Malaysia mengambil inisiatif membangunk­an pusat komuniti yang dapat memenuhi keperluan pelarian Chechnya serta umat Islam di sana.

Bina asas kukuh

Berbekalka­n objektif menyediaka­n prasarana yang lengkap, wawasan kami ialah membina asas kukuh untuk pembanguna­n kerja dakwah, pendidikan serta kemudahan supaya syiar Islam terus bersinar di bumi Poland.

Muslim Care Malaysia dengan kerjasama Muslim Care Eropah dan Faundation of Dialogue and

 ??  ??
 ??  ?? Oleh Zakaria Abd Latif
Oleh Zakaria Abd Latif

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia