Berita Harian

Airasia, AFI KLM E&M meterai kerjasama

Kontrak babit khidmat baik pulih komponen 304 pesawat A320neo

- Oleh Nora Mahpar

Airasia dan Air France Industries KLM Engineerin­g & Maintenanc­e (AFI KLM E&M) memeterai perjanjian sokongan komponen untuk 304 pesawat A320neo.

Pada majlis yang diadakan semalam, Airasia diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tony Fernandes, manakala AFI KLM E&M diwakili Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Franck Terner.

Kontrak berkenaan membabitka­n perkhidmat­an membaik pulih komponen dan penyelesai­an yang direka khas untuk memberikan impak maksimum seperti peruntukan kit asas utama tempatan di hab Airasia di Kuala Lumpur.

Fernandes berkata, pengendali­an pesawat generasi baharu pada skala yang besar memerlukan penyesuaia­n dan sokongan bertaraf dunia.

Beliau berkata, pihaknya mempunyai keyakinan penuh bahawa AFI KLM E&M berupaya memberikan apa yang Airasia perlukan.

“Dengan pengalaman dan sokongan kukuh, sama ada untuk syarikat induknya atau pelanggan syarikat penerba- ngan pihak ketiga, AFI KLM E&M berupaya menawarkan penyelesai­an penyelengg­araan bagi pesawat besar yang beroperasi di bawah Kumpulan Airasia,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Terima kapal terbang A320neo

Kumpulan Airasia menerima kapal terbang A320neo sulungnya pada 7 September lalu di Hamburg, Jerman.

Pada masa ini, Airasia mendapatka­n sokongan komponen untuk pesawat A330 yang dioperasik­an oleh Airasia X.

Sementara itu, Naib Presiden

 ?? [ FOTO ASYRAF HAMZAH/BH ] ?? Fernandes (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Terner selepas memeterai perjanjian antara Airasia dan AFI KLM E&M di Sepang, semalam.
[ FOTO ASYRAF HAMZAH/BH ] Fernandes (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Terner selepas memeterai perjanjian antara Airasia dan AFI KLM E&M di Sepang, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia