Berita Harian

Pahang akui PDRM kian mantap

- Oleh Asrol Awang

Kuantan: Pahang yang memiliki kelebihan beraksi di laman sendiri tetap berwaspada dengan kekuatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila keduadua pasukan bertemu pada aksi final Piala Emas Raja-raja 2016 di Stadium Darul Makmur, 13 Disember ini.

Pemain pertahanan, Muhammad Ilham Yusof berkata, peningkata­n prestasi yang dipersemba­hkan PDRM memerlukan skuad itu lebih berwaspada jika mahu menjulang piala berprestij itu.

Ilham yang juga pemain Kuantan FA musim ini berkata, segala-galanya dilihat cukup mencabar buat Pahang kerana lawan yang juga muncul naib johan Kumpulan A meraih kejayaan bermakna sebelum ke pentas final.

Katanya, walaupun skuad itu berjaya menewaskan PDRM 2-0 pada peringkat kumpulan tetapi situasi kali ini berbeza kerana masing-masing memburu kejuaraan.

"Saya harap rakan di bahagian serangan akan lebih berbisa sambil dibantu bahagian tengah manakala jentera pertahanan berusaha untuk mengekang asakan lawa.

Aksi tempat sendiri

"Tapi dengan kelebihan beraksi di tempat sendiri serta sokongan padu daripada peminat diharap memberi motivasi terbaik kepada kami untuk mengulangi pencapaian Pahang pada musim 2010," katanya di sini, semalam.

Mengulas pengesahan Mohd Fauzi Rozlan yang juga kapten pasukan akan beraksi di pentas final, Ilham bersama rakan sepasukan berasa teruja kerana kehadiraan­nya bolah memantapka­n lagi jentera serangan skuad itu.

Katanya, kehadiran Fauzi atau Kojie sememangny­a dinantikan selepas bersama mengharung­i cabaran di peringkat kumpulan, suku akhir dan separuh akhir.

"Kami harap segala percaturan yang dilakukan jurulatih (Zulhamizan Zakaria) akan menjadi untuk mengucup piala berprestij ini," katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia