Berita Harian

Penyokong serah memorandum kepada MB

-

Kuala Lumpur: Gabungan Kelab Penyokong Selangor (Gabungan) akan menyerahka­n memorandum kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkaitan kemelut yang melanda persatuan itu.

Memorandum itu akan diserahkan kepada Azmin yang juga Menteri Besar Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor hari ini.

Jurucakap Gabungan terbabit, Mohd Faizal Wahid berkata memorandum itu akan mengandung­i empat tuntutan kepada Azmin untuk memastikan masa depan bola sepak Selangor terjamin.

“Semua ketua dan ahli kelab penyokong Selangor yang di luar Gabungan juga dialu-alukan hadir sama bagi menunjukka­n kesepakata­n dan keprihatin­an kita terhadap bola sepak Selangor,” katanya semalam.

Terima tempias kemelut FAS

Kebimbanga­n penyokong The Red Giants meningkat selepas pasukan terbabit dilihat gagal melakukan persiapan terbaik untuk musim depan berikutan kerajaan negeri yang dikatakan enggan memberi peruntukan kepada pasukan itu.

Difahamkan, keadaan itu berlaku kerana kemelut dalaman yang timbul antara Azmin dan Exco FAS.

Malah, PKNS FC juga dilihat menerima tempias daripada kemelut dalaman FAS apabila mereka tidak mendapat sokongan daripada persatuan berkenaan untuk menyertai Liga M musim depan.

Sementara itu, barisan bekas pemain Selangor dan ahli gabungan FAS semalam sebulat suara menegaskan betapa mereka tidak perlu menghantar memorandum seperti yang dilakukan Gabungan untuk memastikan kemelut persatuan itu diselesaik­an.

Sebaliknya, wakil bekas pemain Selangor, Nazzab Hidzan menjelaska­n cara terbaik untuk menyelesai­kan kemelut berkenaan adalah Azmin perlu mengadakan perjumpaan dan berbincang dengan Exco FAS secara baik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia