Berita Harian

Penyokong serang bas

Vietnam minta maaf kepada Indonesia atas insiden itu

-

Pihak berkuasa bola sepak Vietnam meminta maaf semalam selepas penyokong pasukan itu membaling batu kepada bas pasukan Indonesia sejurus perlawanan separuh akhir Piala AFF Suzuki yang menyebabka­n tingkap pecah dan mencederak­an pegawai pasukan pelawat itu.

Perlawanan pusingan kedua yang tegang di Stadium My Dinh malam kelmarin berakhir dengan keputusan seri 2-2 selepas tambahan masa sekali gus membolehka­n Indonesia mara ke final dengan agregat 4-3.

Namun ketika pelawat meninggalk­an stadium, sekumpulan penyokong bola sepak Vietnam - dilaporkan menunggang motosikal menyerang bas mereka, membaling batu dan memecahkan sekurang-kurangnya satu tingkap.

Penolong jurulatih Indonesia dan doktor pasukan cedera ringan dalam insiden berkenaan kata setiausaha Persekutua­n Bola Sepak Vietnam, Le Hoai Anh kepada AFP.

Thailand mara ke final

“Kami memohon maaf kepada pasukan Indonesia kerana insiden tidak dijangka itu,” kata Anh, sambil menambah kenderaan gantian segera dihantar untuk mengambil pasukan itu.

Kawalan keselamata­n juga diperketat­kan di sekitar hotel penginapan pemain, katanya.

Ramai penyokong Vietnam turut mengutuk insiden berkenaan di internet.

“Kalah tetap kalah,” kata seorang pembaca di laman sesawang berita kerajaan Vnexpress.

“Bola sepak Vietnam tidak akan membangun jika kita terus berperanga­i seperti ini.”

Indonesia akan menentang Thailand di final selepas juara bertahan itu mudah menewaskan Myanmar 4-0 di Bangkok, malam tadi untuk mara dengan agregat 6-0.

Final pertama dijadual berlangsun­g 14 Disember manakala final kedua 17 Disember.

 ??  ?? Bas pasukan Indonesia yang dibaling batu menyebabka­n tingkap pecah dan mencederak­an pegawai pasukan pelawat itu.
Bas pasukan Indonesia yang dibaling batu menyebabka­n tingkap pecah dan mencederak­an pegawai pasukan pelawat itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia