Berita Harian

ADUN Seri Setia anjur Blackout 505 didenda RM1,500

Nik Nazmi mengaku salah adakan perhimpuna­n tanpa kebenaran pada 2013

- Oleh Khairul Azran Hussin

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dihukum denda RM1,500 oleh Mahkamah Tinggi semalam, atas tuduhan menganjurk­an perhimpuna­n Blackout 505 tanpa kebenaran, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Ghazali Cha, berkata walaupun berpuas hati dengan pengakuan salah oleh Nik Nazmi selaku orang kena saman (OKS), namun hukuman setimpal perlu dijatuhkan sebagai pengajaran kepada semua pihak.

Nik Nazmi yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Pendidikan, Pembanguna­n Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor dituduh gagal memaklumka­n kepada Ketua Polis Daerah Petaling Jaya dalam tempoh 10 hari sebelum penganjura­n program Black 505 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Stadium MBPJ, Kelana Jaya di Petaling Jaya pada jam 8.30 malam, 8 Mei 2013.

Nik Nazmi didakwa mengikut Seksyen 9 (1), Akta Perhimpuna­n Aman 2012 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 9 (5) akta sama, yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM10,000, jika sabit kesalahan.

Gagal beri contoh baik

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddi­n Wan Ladin, memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman setimpal kepada Nik Nazmi kerana gagal menunjukka­n contoh yang baik sebagai ahli politik, termasuk melanggar undang-undang negara.

Peguam Nik Nazmi, Shah Redzan Johan ketika merayu hukuman diringanka­n, memberi alasan pengakuan salah anak guamnya menjimatka­n masa mahkamah.

“Kesalahan yang dilakukan OKS bukan kesalahan serius dan tidak mendatangk­an sebarang kecederaan, malah kes ini sudah berlaku tiga tahun lalu.

“Selain itu, mengikut Undang-undang Tubuh Negeri Selangor, OKS akan hilang kelayakan sebagai wakil rakyat sekiranya jumlah denda ditetapkan lebih RM2,000.

“Jadi, keadaan ini boleh menyusahka­n rakyat, apatah lagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor sudah menghampir­i tempoh matang,” katanya.

 ?? [FOTO ROSLIN MAT TAHIR/BH] ?? Nik Nazmi dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas dijatuhkan denda RM1,500 atau penjara dua minggu, semalam.
[FOTO ROSLIN MAT TAHIR/BH] Nik Nazmi dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas dijatuhkan denda RM1,500 atau penjara dua minggu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia