Berita Harian

MCY tumpu selesai masalah, penuhi keperluan

-

Kuala Lumpur: Tahun Pengkomers­ialan Malaysia (MCY) akan memulakan program kerjasama lebih kukuh pada tahun depan menerusi penumpuan kepada menyelesai­kan masalah dan memenuhi keperluan kerajaan, industri dan pengguna.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Madius Tangau, berkata menerusi penumpuan itu ia membantu meningkatk­an hubungan antara semua pemain dalam ekosistem sains, teknologi dan inovasi (STI) di negara ini.

“Dengan pelaksanaa­n dan koordinasi antara program MCY, inovasi dan pengkomers­ialan akan menjadi satu budaya dalam aktiviti kajian dan penyelidik­an (R&D), sekali gus merangsang pertumbuha­n serta kejayaan pembanguna­n usahawan di Malaysia,” katanya pada pelancaran MCY 2016 di sini, semalam.

Perasmian disempurna­kan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang turut mengumumka­n gelombang kedua MCY 2017 (MCY 2.0).

Madius berkata, kejayaan MCY adalah hasil kerjasama kukuh dengan 'Triple Helix' kerajaan, kumpulan akademik dan industri.

Capai sasaran negara maju

“Ini adalah hasil dasar yang dijalankan di bawah Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (NPSTI). Menerusi NPSTI, kementeria­n menyasarka­n untuk mempromosi dan memupuk minat kepada sains, kreativiti dan inovasi dalam kalangan rakyat Malaysia, sekali gus mencapai sasaran negara maju pada masa depan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sehingga 30 November tahun ini, menerusi MCY 2016 sejumlah 123 produk berjaya dikomersia­lkan dengan anggaran nilai pengkomers­ialan sebanyak RM155 juta.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Perbendaha­raan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, berkata usahawan tempatan perlu menjadi perintis peningkata­n teknologi dan bukan hanya bertindak sebagai pengikut.

“Jika kita mahu terus kekal berdaya saing dan relevan, kita perlu mengubah minda.

“Jika sebelum ini kita hanya sebagai pengguna teknologi, namun kini kita perlu pencipta kepada teknologi itu sendiri,” katanya.

 ??  ?? Madius Tangau
Madius Tangau

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia