Berita Harian

Tak kisah kena marah

Nadia sedia ditegur demi memperbaik­i keupayaan diri dalam seni

-

Julung kali bertemu dengan figura ini, bagai ada tarikan pada dirinya. Aura positif ternyata kuat pada Nadia Brian yang mudah mesra dan tidak kekok memulakan bicara. Hati berdetik, andai kekal merendah diri bakat baharu ini punya peluang cerah untuk menjadi pelapis dunia lakonan tempatan.

Pada wajahnya sentiasa terukir senyuman dan keikhlasan pula terpancar pada renungan matanya kala diajak berbicara.

Bagi Nadia, sebagai orang baharu, banyak yang masih mahu diperbaiki dan dirinya sendiri sedang mempersiap­kan diri untuk diterima sebagai pelakon.

Menganggap dirinya masih setahun jagung,

Nadia, 25, mengakui beliau nekad memilih bidang seni sebagai kerjaya dan sedari awal bersedia menghadapi apa juga cabaran mendatang. Beliau turut mengakui betah, andai dimarahi dan ditegur demi memperbaik­i diri di bidang terbabit.

“Saya memang mahu menjadi yang terbaik dan akan berusaha ke arah itu. Saya tahu, bukan mudah untuk mencapai tahap itu. Semuanya memerlukan kesungguha­n.

“Saya tidak kisah andai kena marah atau dikritik kerana semua itu bagi saya adalah proses pembelajar­an,” katanya ketika ditemui pada sesi fotografi sempena penampilan­nya di pentas teater Mak Cun D’walei, baru-baru ini.

Erma banyak beri bimbingan

Bercerita lanjut, sebagai contoh katanya, sepanjang persediaan untuk pementasan teater arahan Erma Fatima itu, dirinya menyerahka­n sepenuh komitmen dan bersedia menerima segala tunjuk ajar diberikan oleh pasukan produksi termasuk pengarahny­a.

“Saya dipanggil untuk uji bakat dan bersyukur apabila saya diterima. Berada dalam pasukan teater ini, saya diberikan watak dan tampil dalam satu adegan.

“Adegan itu pula memerlukan saya bermain dengan emosi dan ia cabaran besar bagi orang baharu seperti saya. Bayangkan ketika orang sedang tertawa, babak saya tampil dengan aksi sedih,” katanya.

Bagi Nadia, detik berkenaan menuntutny­a untuk bermain dengan emosi dalaman selain memastikan penonton terkesan dengan apa yang dilakonkan.

“Memang pada awalnya saya sukar untuk menzahirka­n apa yang diperlukan untuk babak ini. Kak Erma bimbing saya dan memberikan tunjuk ajar sehingga saya dapat apa yang dimahukan.

“Memang Kak Erma herdik dan jeritkan saya, semua itu saya terima dengan hati terbuka kerana saya tahu dia mahu mengajar saya supaya dapat memberikan yang terbaik,” katanya.

Fokus pada latihan

Menurut pelakon jelita ini, peluang berada dalam pasukan persembaha­n teater itu menjadi bonus dan platform terbaik untuk dirinya dikenali peminat.

“Saya memang rasa bagaikan bermimpi. Siapalah saya jika dibandingk­an dengan barisan pelakon yang lain,” katanya.

Menonton aksi Nadia dalam teater berkenaan, pujian selayaknya diberikan kepada bintang baharu ini kerana beliau berjaya menghidupk­an watak seorang wanita India,

Julie, dengan cemerlang.

Tidak keterlalua­n andai dikatakan, Nadia berjaya memberikan aksi seperti pelakon Juhi Chawla, Madhuri Dixit dan Kajol yang melakonkan watak wanita kecewa dan bersedih dalam filem lakonan mereka.

Dikhabarka­n mengenai perkara itu, beliau merendah diri dan berkata, semuanya hasil didikan dan tunjuk ajar diberikan Erma.

“Saya memang selalu pastikan saya datang latihan dan berikan tumpuan sepatutnya. Sebagai orang baharu, saya tidak boleh lepaskan peluang untuk mencari sebanyak mungkin ilmu sepanjang terbabit dalam teater ini,” katanya.

Gandingan Fattah Amin

Mengenai kerjaya lakonannya, anak kelahiran Perlis ini berkata, beliau berusaha mencari peluang sebaik mungkin dan bersedia membawakan apa juga watak sesuai dengan dirinya.

Pernah muncul dalam drama seperti Akulah Balqis, beliau bakal tampil bersama Fattah Amin pula selepas ini dalam drama bersiri berjudul Cik Serba Tahu. Selain itu, dirinya juga memegang watak utama dalam filem

Era The Movie tidak lama lagi.

“Tidak timbul soal pilih watak bagi bakat baharu seperti saya. Setiap peranan memberikan peluang kepada saya menunjukka­n bakat lakonan yang ada, termasuk karakter yang memerlukan saya tampil hodoh,” katanya.

Ditanya mengenai sesetengah bakat baharu yang muncul seketika sebelum hilang dari radar industri hiburan, Nadia mengakui ia perkara menakutkan bagi setiap pelakon yang ingin mencipta nama seperti dirinya.

Bagaimanap­un, katanya, setiap pelakon perlu sentiasa berpijak di bumi nyata dan tahu niat sebenar apabila memilih untuk menjadi anak seni.

“Semuanya berkait rapat dengan sikap dan diri sendiri. Selebihnya ialah rezeki dan kesungguha­n seseorang itu.

“Saya akui turut risau dan mahu sentiasa ada dalam industri ini. Bagi saya, fokus dalam melakukan sesuatu juga penting dan jangan terlalu cepat rasa selesa. Saya juga bersedia menerima teguran yang membina diri dan kerjaya saya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Nadia Brian dan Saim Ali di Istana Budaya.
Nadia Brian dan Saim Ali di Istana Budaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia